berita

Paru-Paru Boleh Membengkak! – Trauma Lihat Anak Melecur Akibat Letupan Belon ‘Kartun’, Ini Pesanan Untuk Semua

November 22nd, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

ohbulan-belon-header

Jika berjalan ke mana-mana kawasan beli belah mahupun sukaneka, pasti belon yang mempunyai pelbagai rupa dan bentuk kartun kegemaran menjadi pilihan kanak-kanak. Belon tersebut kebiasaannya dijual serendah harga RM5 sahaja.

Namun, tahu tak sebenarnya belon tersebut sangatlah bahaya jika terdedah kepada api. Boleh meletup! Di facebook viral mengenai kanak-kanak ini yang melecur kawasan tangan dan badan sampai nampak isi kerana terkena letupan belon kartun tersebut. Uish

Tiba-tiba belon meletup sambar tangan & muka

belon1

Alhamdulillah.. lepas kena tahan di zon merah anakku Rifqi boleh naik wad unit kebakaran.. Korg perasan tak kalau kite jalan2 kat area KL Sogo, jalan tar, banyak orang jual belon kartun2 oksigen yang mahal tu.. Harga dia dari 5-15 ringgit.. Effa nk pesan jangan la beli untuk2 anak ye.. bahaya.. belon tu ade oksigen yang mudah terbakar..bayangkan kalau anak dok pegang main ade orang hisap rokok kat tepi ke.. memang akan meletup dan boleh menyebabkan terbakar..

Untuk kisah ank Effa, Rifqi ni semalam pergi makan kat luar.. Dia nak beli belon tu.. Belikan untuk dia.. Then dia main kat rumah mak Effa, terjumpe plak lighter yang takde gas. Tapi dia main2 petik2 lighter tu.. Jadi keluar la percikan api.. Tak semena2 belon oksigen tu meletup sambar tangan dan muka.. Disebabkan dia dh menggigil sakit Effa decide bawak hospital ingat nak mintak doc cuci kan luka or bagi ubat tahan sakit ke..

Tangan melecur nampak isi

belon2

Tapi ape yang bahaya nye kes ni.. Ini bukan kebakaran biasa.. Jika membabitkan gas. Haba dari kesan letupan tu boleh menyebabkan kandungan oksigen belon yang bahaya tu masuk ke tekak dan paru2.. Bila masuk ke dalam akan menyebabkan organ membengkak dan tak boleh bernafas.. Allahu.. masa dengar doc cakap cmni Effa dh blur.. Suara Rifqi pulak makin hilang.. Dia ngadu penat pulak.. Terus la kena tolak zon merah.. Lepas dipantau segera doc decide admit 24jam nak tengok pernafasan dia. So far makan minum ok.. Tangan memang melecur nampk isi.. Bulu mata dan kening habis kena sambar.. Rambut takyah cakap la..cuma tak teruk.. Paling teruk area tangan dia..

Haba gas boleh sebabkan paru-paru membengkak

belon3

Pls alert ibu2 kat luar sana.. Jumpa orang jual belon oksigen yang boleh melayang2 tu ada macam2 bentuk kartun tolong la jangan beli.. Rupe nye belon ni dah ade kes.. Effa tak tahu.. Kalau tahu memang tak beli.. Ade budak penah kena melecur 1 badan umur 10 tahun cmtu.. Masuk icu sebab haba gas selepas terbakar masuk paru2 dan membengkak.. Bahaya kan???? Tolong jangan beli lagi..biarlah anak menangis cmne pun.. Jangan beli lagi belon tu.. Effa serik!!

p/s jenis gas yang diisi dalam belon berkenaan sy tak dapat nak pastikan helium or hidrogen.. Ape yg sy dengar dari perbualan doc kalau gas jenis helium tak meletup.. Mungkin jenis gas lain.. maksud kandungan oksigen yg sy katakan adalah bahasa biasa yg kite selalu ckp.. ade “belon oksigen blh terbang”..hehe.. sy bukan pakar pakar gas.. guna bahasa rojak yg mudah difahami je.. sedikit pembetulan yg agk tergantung td.. Kejadian berlaku bukan depan mata sy.. berlaku dirumah mak sy semasa ketiadaan sy.. ank jumpa lighter yg DAH HBIS DIGUNAKAN (XDE GAS).. cuma dia main petik2 kosong je.. kan ade yg bende bergesel keluar api percik tu kan..

sumber : Effa Adam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×