berita

Pekin Minta Maaf Sebelum Kena Maki

March 3rd, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-03 at 12.01.00 PM

Baru-baru ni, terkejut juga kami apabila melihat foto Pekin tampil jelita mengalahkan wanita seluruh dunia.

Sebenarnya, penampilan sebagai seorang wanita itu dibuat khas untuk menjayakan filem terbarunya, Coverina.

Bagaimanapun, untuk mengelakkan dirinya dimaki dan dikritik, Pekin terlebih dahulu telah meminta maaf dan menerangkan duduk perkara sebenar. Nak tahu Pekin minta maaf pada siapa? Jom baca lagi.

Pekin Minta Maaf Pada Ibu

Screen Shot 2015-03-03 at 11.58.39 AM

Kalau nak tahu, sebelum ibu Pekin terkejut dengan penampilan anaknya, Pekin terlebih dahulu sudah meminta maaf.

Sebelum dimaki dan dikritik ibu, jadi saya awal-awal lagi sudah membuat permohonan maaf menerusi suara latar dalam filem itu.

Saya menjelaskan kepada ibu yang anak lelakinya ini masih lurus dan belum terpesong lagi.

Fitting Baju Dalam Wanita Di La Senza

PEKIN IBRAHIM / PELAKON / STUDIO

Ini kelakar! Kalau kami pun pasti terkejut apabila melihat kaum lelaki mencuba pakaian dalam wanita.

Saya juga pergi ke La Senza bagi membeli pakaian dalam wanita ditemani jurusolek artis dari produksi filem Coverina.

Pekerja kedai memang terkejut kerana ingatkan saya mahu beli untuk teman wanita tapi saya pula nak cuba di bilik persalinan.

Tak apalah Pekin. Mungkin ini harga yang harus dibayar sebagai anak seni. Tak gitu?

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×