berita

Tonton Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara 2 dan Sertai Peraduan Sekarang!

May 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Uda & Dara

Barisan pelakon utama Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara

Astro Ria telah menayangkan sebuah drama baru arahan Prem Pillai pada minggu lepas yang berjudul Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara.

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara ini merupakan drama bersiri yang mempunyai 8 episod yang menampilkan gabungan pelakon baru seperti Jen Shukri, Shafiqah Fauzi dan Anwar Mokles, pelakon berpengalaman seperti Dafi, Cha Cha Maembong, Alif Hadi, Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Namron, Yasmin Hani, Azhar Sulaiman, Normah Damanhunri, Sheila Mambo, Alam, Shaq dan Haniff.

Sempena siaran trailer istimewa siri drama ini, Cornetto memperkenalkan pembungkusan baharu untuk varian Classic dan Royale. Bermula dengan bahagian atas aiskrim dengan coklat yang enak, kacang yang rangup sehingga ke bahagian hujung wafer berisi coklat yang lazat, memberikan hidangan aiskrim yang memenuhi cita rasa pengguna daripada mula hingga akhir.

Drama ini menceritakan perjalanan hidup 3 pasangan pelajar kolej yang berkongsi minat yang sama iaitu K-Pop. Sambil mereka mencari kelebihan diri masing-masing, mereka semakin yakin dengan potensi yang ada pada mereka untuk berjaya menggapai impian dan objektif hidup mereka.

Kharina seorang yang berani tapi cool, mempunyai sifat memberontak, kerana tidak berpuas hati dengan ibu bapanya yang ingin mengahwinkannya dengan anak seorang ahli perniagaan terkenal untuk memperkukuhkan lagi perniagaannya. Kawan baik Kharina, iaitu Mia, mengetahui tentang bakat terpendam Kharina dalam bidang tarian dan  berhasrat untuk Kharina menari bersamanya dalam kumpulan M.I.A. untuk menjuarai pertandingan K-pop bersama Cornetto tersebut.

Fariq, seorang jurugambar yang berbakat besar, mula jatuh hati pada Kharina sejak pertama kali wajah Kharina muncul pada lensa kameranya. Hasil karyanya menjadi tumpuan di galeri ibu kepada Sofea. Sofea adalah seorang pelajar jurusan fesyen di kolej yang sama di mana Kharina belajar.

Sementara itu, Sofea asyik dilamun cinta dengan Ilham, seorang yang agak pendiam dan kurang keyakinan diri. Kebolehan dan bakat  Ilham menari menambat hati Sofea yang tidak berputus asa memujuknya untuk menyertai pertandingan K-Pop bersama Cornetto tersebut. Dalam masa yang sama, Ilham bekerja sambilan di sebuah cafe bersama Aisha.

Pada mulanya ramai yang tidak tahu tujuan sebenar pertandingan tersebut adalah sebagai batu loncatan kepada Zain untuk menempah nama di persada seni antarabangsa. Aisha yang bertugas sebagai pelatih di sebuah agensi PR yang mempromosikan pertandingan K-Pop bersama Cornetto tersebut jugalah seorang blogger yang sentiasa berkongsi pendapatnya tentang kehidupan seharian yang dilaluinya, termasuklah tentang Zain. Namun, lama-kelamaan, Aisha mula kenal isi hati Zain yang sebenar.

Saksikan bagaimana mereka mengharungi cabaran dalam mencapai impian masing-masing dalam Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara.

Sebuah Drama Yang Menghiburkan

Kami pasti drama ini akan menarik ramai penonton untuk melekat di depan TV terutamanya di kalangan remaja memandangkan jalan ceritanya agak ringan dan memaparkan kisah hidup yang sangat menarik yang berdasarkan tema K-Pop.

Pemilihan calon yang berbakat dari sesi uji bakat seperti Jen Shukri, Shafiqah Fauzi, Anwar Mokles, Redzuan Mohd Fauzi, Nur Ashikin dan Nur Nazliah telah terpilih untuk membintangi siri drama Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara yang bertemakan K-Pop. Ini merupakan satu platform bagi mereka untuk menjadikan impian mereka menjadi bintang televisyen satu kenyataan disamping menerima tunjuk ajar daripada aktres dan hos televisyen terkenal, Yasmin Hani; penyampai radio fm ERA, Shaq; pemenang So You Think You Can Dance Malaysia Musim 1, Alam; dan model veteran, actor televisyen dan pentas, Tony Eusoff.

Bukan itu sahaja, para perserta turut berpeluang berlakon bersama selebriti terkenal termasuklah Dafi Ismail, ChaCha Maembong, Alif Hadi, Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Normah Damanhuri, Namron, Sheila Mambo dan Azhar Sulaiman, serta penampilan istimewa oleh Yasmin Hani, Alam dan dua orang penyampai radio ERA fm, Shaq dan Haniff Hamzah.

Apa yang membuatkan drama ini lain daripada yang lain adalah idea mereka untuk mengetengahkan konsep K-Pop melalui pertandingan tarian. Dari situ, kita dapat lihat teknik-teknik tarian menarik yang dipersembahkan oleh para pelakon. Untuk menghidupkan suasana K-Pop sekali gus membuatkan penonton merasainya, banyak lagu dari kumpulan K-Pop popular digunakan sebagai lagu latar. Kalau tak silap kami, belum ada lagi drama tempatan kita memaparkan konsep sebeginikan?

Secara keseluruhannya, kami rasakan Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara ini sesuai ditonton oleh semua kerana ia bukan sahaja memaparkan tentang kisah cinta anak-anak remaja sahaja, malah ia juga turut mengajar erti susah senang dalam mengejar cita-cita di samping menjaga hubungan kekeluargaan serta persahabatan yang terjalin.

Screen Shot 2013-05-10 at 12.27.51 PM

Tonton & Menang

Paling menarik, anda boleh memenangi hadiah utama berupa percutian 3H2M di Redang Island Resort beserta tiket kapal terbang Berjaya untuk 2 orang hanya dengan menyertai peraduan Uda & Dara 2 di Facebook CornettoLove. Terlepas kisah yang lepas? Jangan risau kerana anda boleh menonton episod web melalui aplikasi yang disediakan. Klik Uda & Dara 2 untuk mendaftar dan ikut langkah seterusnya.

Cepat tandakan kalendar anda untuk mengetahui apakah yang berlaku antara Kharina dan Fariq pada setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria. Berjayakah Fariq menambat hati Kharina? Apa pula rahsia Zain yang Aisha ketahui? Adakah Ilham berjaya mengatasi konflik diri untuk mengejar impiannya? Jom kita sama-sama saksikanlah dalam episod seterusnya!

SKIP THIS AD ×