berita

Pelakon Drama ‘Julia’ Syatilla Melvin Akui Rapat Dengan Shaheizy Sam

November 14th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bagi individu yang mengikuti drama ‘Julia’ di Slot Akasia TV3, anda pasti kenal dengan Syatilla Melvin iaitu pelakon wanita yang memegang watak sebagai Katerina.

Sejak muncul dalam drama tersebut, bakat dan nama Syatilla mula mendapat perhatian peminat industri hiburan sehingga timbul gosip yang mendakwa gadis ini bercinta dengan pelakon terkenal, Shaheizy Sam.

Bagi mendapatkan kepastian berhubung gosip tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Syatilla sendiri dan bertanyakan lebih lanjut mengenai dakwaan itu.

“Tilla memang rapat dengan Sam, tapi kami kawan biasa je. Kami mula kenal masa hadiri acara-acara yang dianjurkan oleh pihak media. Masa itu Tilla terlibat dalam pertandingan ‘Dewi Remaja’ lagi,” komen Syatilla mengenai hubungannya dengan Sam.

Mengulas lebih lanjut mengenai gosip antara Syatilla dan Sam, timbul juga dakwaan mengatakan Sam telah menghadiri majlis perkahwinan kakak Syatilla, iaitu Syafiqah Amirul Melvin yang juga juara untuk program ‘Gadis Melayu’ musim kedua pada bulan Julai lalu di Parit Buntar, Perak.

“Ya, memang Sam ada datang. Kebetulan masa tu dia ada penggambaran dekat Pulau Pinang. Lagipun jarak dari Pulau Pinang ke Parit Buntar pun tak jauh dan dia singgah la kejap.”

“Itu kali pertama dia jumpa dengan keluarga Tilla.”

“Tilla memang selesa berkawan dengan dia sebab kami ‘sekepala’ dan dua-dua perangai gila-gila. Kami memang pernah keluar bersama, tapi bukan berdua. Selalunya kami akan keluar dengan kawan-kawan yang lain,” akui gadis berusia 21 tahun ini.

Disamping itu, pelakon wanita ini turut akui yang dia amat meminati lakonan Sam dan sering mendapatkan nasihat daripada pelakon berbakat tersebut.

“Memang minat dengan Sam sejak dia berlakon cerita ‘Adnan Sempit.’ Boleh dikatakan dia banyak bagi tunjuk ajar serta nasihat mengenai bidang lakonan ni. Dari situ Tilla belajar mendalami bidang ini sedikit demi sedikit.”

“Kalau diberi peluang untuk berlakon dengan Sam  memang Tilla akan terima. Lagipun buat masa sekarang belum ada perancangan untuk sambung belajar. Kalau boleh Tilla nak panjangkan rezeki dalam bidang ni.

“Sekali dah mula, baik teruskan je. Lagipun keluarga memang beri sokongan sepenuhnya,” ujar pelakon cantik ini.

SKIP THIS AD ×