Laman Utama » Berita Terkini

Dikhabarkan, Cinta Laura atau nama sebenar gadis jelita ini, Cinta Laura Kiehl bakal berhijrah ke Amerika atas dasar kerja. Dia yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbarunya, The Philosopher bersama aktor dari Hollywood turut menyatakan rasa tidak sabarnya untuk menjalani kehidupannya sebagai artis di sana.
Filem ‘The Philosopher’ bakal ditayangkan pada tahun hadapan dan tidak dapat dipastikan samada akan ditayangkan di Malaysia atau tidak. Baru memenangi Anugerah Muzik Indonesia 2011 dalam kategori ‘Best Dance/Electronica Music Performance’, Cinta Laura turut menyatakan,
“Kalau boleh pilih, saya ingin berlakon di Hollywood daripada menyanyi.” katanya.
Bagi yang tidak mengenali Cinta Laura, pelakon yang berasal dari Indonesia ini telah membawakan watak Laura dalam sinetron ‘Upik, Abu Dan Laura’ yang diminati ramai peminat tegar sinetron di Malaysia. Yang menariknya, Cinta Laura yang juga seorang penyanyi, pelakon dan juga model bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos ini. Cinta Laura mempunyai darah campuran German dari ayahnya dan Indonesian iaitu ibunya.
Sumber asal - KapanLagi.com




wow! tu je…hehehe
regards
jom tgk hanpon
Untunglah bakal bergelar retis hollywood… ‘Mahal’ ler Laura pasni..
Malay gene domination. Sekali imbas x tau pun dia ni baka kacukan German.
xsuke cara dia ckp. mcm buat2…
cara dia bercakap macam slank berlagak skit kan,…. anyway, kelassssss ke dia nk masuk hollywood… muka biasa je, ada ciri2 nk masuk hollywood ke???? dr segi bakat pun rasanya artis malaysia berlakon lg kebabom dr dia nihhh… kelas ke ko????
jangan la jeles ~_~
dah rejeki dia :P
wujud ke movie tu ak google x jumpe pn… biasa la indon selagi boleh nk gempak selagi tu la diorang ni gigih nk menipu. belakon pn mcm kayu ni plak nk gi hollywood..
Cinta L k amrik bkn nak blakon or bnynyi beib tp nak sambung blajar dia d Columbia University
Cinta L k amrik bkn nak blakon or bnynyi beib tp nak sambung blajar dia d Columbia University, N.Y
kacukan ke..aku tgk macam melayu jek..kalo oh bulan tak ckp kacukan..mati2kau ingat indon bese…hahaha…smg berjaya d hollywood…haha
eii.. x suke cara bercakap die nie. ingat lagi mase kat melodi ritu. nk interview cenggitu je pun. tp nk kene mintak izin bagai. huh~
sama la…nyampah ngn kepoyo-an die yg mengalahkan artis antarabangsa..ni klu da masuk hollywood xtau nk kena wat pe baru leh dpt interview….