
Sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Astro Entertainment Sdn Bhd melalui saluran-salurannya yang pelbagai bakal menghiburkan para penonton dan pelanggan-pelanggan Astro dengan 39 buah program baru termasuk filem.
Lima buah saluran Astro bergabung tenaga bagi memastikan kelancaran penayangan program-program hebat Raya ini iaitu Astro RIA (saluran 104), Astro PRIMA (saluran 105), Astro OASIS (saluran 106), Astro CITRA (saluran 131) dan Astro WARNA (saluran 132).
Kemeriahan sambutan Hari Raya menjadi lebih menarik apabila Astro telah membariskan himpunan program dan genre yang diwarnai dengan nama-nama hebat dalam arena hiburan tanah air di sepanjang 9 hari ‘Istimewa Tayangan Raya’. Mega Raya Astro, Lemang Si Bujang Sepah, Habibi Mawi Aidilfitri, Rumah Baru Bini Baru Baru Raya!, Lantera Aidilfitri Dato’ Siti, Cinta Meriam Buluh, Duyung dan Glamor Raya adalah di antara rancangan-rancangan yang pastinya menyengat dan mendapat sambutan ramai.
Menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd; Encik Zainir Aminullah, “Kami ingin meneruskan kesinambungan program-program hebat yang ditayangkan di sepanjang bulan Ramadhan dengan terus mengekalkan objektif utama di Astro iaitu memberikan hiburan yang berterusan.
Program-program dari pelbagai genre seperti telemovie, komedi romantik, muzikal, konsert, majalah, hiburan dan pelbagai lagi bakal berselang-seli menghiburkan para penonton yang datang dari masyarakat majmuk dan lapisan umur. Kami telah menyusun strategi demi memastikan kelima-lima saluran yang terlibat menayangkan program yang sesuai untuk tontonan kumpulan sasaran masing-masing.”
Di antara telemovie yang dijangka mendapat sambutan hangat pada Hari Raya nanti ialah Takbirratulihram, Riuh Sebelum Raya, Takbir Terakhir, Mencari Katarsis, Baju Raya Mona, Pelita Terang Tang Tang, Doa Ibu, Pak Ngah 4D, D’Debab Raya, Kesempatan dalam Kesempitan, Mawi oh Mawi, Damak dan Dodol Si Dodol.
Tiga buah filem baru bakal ditayangkan di Astro Citra yang boleh didapati melalui pakej mustika iaitu Senario The Movie: Episode 1, Los dan Faun dan Apa Kata Hati?
Di samping itu, program-program mingguan terbitan Astro turut menerbitkan episod istimewa sempena Hari Raya seperti Kelab Pop Rayalah Pulak, Trek Selebriti Raya, Macam-Macam Aznil Raya, Jangan Lupa Lirik! Raya! Raya! Raya!, Deko Raya Eric, AC? Raya dan Perang Kuali Raya.
Berikut adalah jadual-jadual program sepanjang Hari Raya ini :
MALAM HARI RAYA, 19 September 2009
DUYUNG (Filem)
Astro RIA 104, 9.00 malam
Duyung arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini menceritakan tentang Jimmy seorang pencinta alam yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan. Dia menghabiskan masanya menjaga alam sekitar dengan membersihkan sampah. Jimmy amat mempercayai cerita ibunya bahawa jika alam sekitar terjaga maka akan menjelmalah duyung. Adakah cerita ibu Jimmy itu benar? Adakah usaha Jimmy menjaga alam sekitar sia-sia atau dapatkan Jimmy bertemu dengan duyung?
Pelakon: Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Senario, Yasmin Hani, Awie, Raja Noor Baizura, Abu Bakar Omar, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Mat Aris, Liza Zain.
MEGA RAYA AIDILFITRI (Hiburan)
Astro RIA 104, 11.00 malam
Sebuah program hiburan istimewa bersempena Hari Raya Aidulfiti yang menampilkan bintang-bintang eksklusif Astro mendendangkan lagu-lagu popular dan klasik Hari Raya. Program ini juga bakal memberi peluang kepada para selebriti untuk membuat persembahan langsung di hadapan para penonton studio. Istimewa juga program ini apabila ia melibatkan penglibatan dari para penonton untuk menyertai para selebriti di atas pentas. Bukan itu sahaja, para penonton juga berpeluang untuk membaca kad ucapan Hari Raya bersama-sama selebriti Astro.
Artis: Anita Sarawak, Erra Fazira, Aaron Aziz, Sarimah Ibrahim, Farid Kamil, Lisa Surihani, Akhill Hayy & Zoey.
HARI RAYA PERTAMA, 20 September 2009
LEMANG SI BUJANG SEPAH (Telemovie)
Astro PRIMA 105, 12.00 tengah hari
Setelah gagal mencari pekerjaan, geng Sepah akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampong dan memulakan perniagaan menjual lemang. Di situlah bermula pengembaraan mereka yang terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran demi menghasilkan lemang yang terbaik tetapi adakah mereka akan berjaya dalam perniagaan tersebut?
Lakonan: Kumpulan Sepah, Sabri Yunus, Jalil Hamid & Ebby Yus.
HABIBI MAWI AIDILFITRI (Hiburan)
Astro RIA 104, 4.00 petang
Pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya bersama keluarga adalah impian setiap insan. Ikuti kisah Mawi dalam perjalanannya untuk pulang ke kampung halaman dan semua rakan-rakan yang dijumpainya sepanjang perjalanan. Sepah juga muncul menghiasi perjalanannya.
Lakonan: Mawi, Sepah
HARI RAYA KEDUA, 21 September 2009
RUMAH BARU, BINI BARU, BARU RAYA! (Telemovie)
Astro PRIMA 105, 12.00 tengah hari
Mawi dan Ekin bercadang untuk mengadakan rumah terbuka ala kampong di rumah baru mereka. Oleh itu, semua jiran tetangga turut dijemput untuk sama-sama bergotong-royong bagi memeriahkan suasana hari raya. Walau bagaimanapun, masalah mula timbul apabila jiran sebelah rumah mereka juga bercadang untuk mengadakan rumah terbuka pada hari yang sama.
Lakonan: Mawi, Ekin
LANTERA AIDILFITRI DATO’ SITI NURHALIZA (Hiburan)
Astro RIA 104, 4.00 petang
Nantikan Program Khas bersempena Raya Aidilfitri ini dengan persembahan daripada Dato’ Siti Nurhaliza yang akan ditemani oleh Faizal Tahir dan Saiful Apek. Majlis Gala yang dihadiri tetamu khas ini akan menyajikan lagu-lagu kontemporari sambil bertemakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Artis: Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Saiful Apek
HARI RAYA KETIGA, 22 September 2009
CINTA MERIAM BULUH (Telemovie)
Astro PRIMA 105, 12.00 tengah hari
Drama komedi muzikal ini mengisahkan tentang Shahdan yang memendam perasaan terhadap Salina tetapi tidak berani untuk meluahkannya. Tidak sanggup untuk melihat keadaan Shahdan yang sudah angau dan kemaruk cinta, rakan-rakannya merancang sesuatu untuk membantunya. Saksikan pelbagai kisah lucu yang mencuit hati dalam drama ini.
Lakonan: Nabil, Marsha, Mila, Zahid, Haiza, Ajai
GLAMOR RAYA 2009 (Hiburan)
Astro RIA 104, 4.00 petang
Makin riuh sambutan hari raya apabila pengacara no. 1 di Malaysia, Aznil Hj. Nawawi mengacarakan program pertandingan nyanyian dalam program Glamor Raya 2009. Lebih menarik lagi ialah kesemua peserta akan berentap untuk mendendangkan seleksi lagu-lagu raya.
Pengacara: Aznil Hj. Nawawi


cite lemang si bujangsepah tu die ade wat penggambaran kt bukit bintang..mase tu aku nk balek umah kt road dgr orng melolong..LOL
sape nak tambah pakej leh msg saya di 019-3123099….saya leh direct call anda dan guide anda ttg pakej yg ada..lebih cepat dari call customer service….
cam xder yang best…
balik2 muka miaw n eking plastic…
bosan!!!!! rombak balik tukar program lain…!!!!!!
miss propa x kesah mawi ngn ekin tuh…..dorang x plastik sgt..tp miss propa x nak tgk akhill hell…yg tu mmg platic tu..x tahu tahap plastik ape tu…hehhehe..selamat hari raya…
Akhil Heyyyyyyy.. pegi laa potong rambut tu.. wat malu jee.. da laaa rebonding.. Tuhan bagi kerinting x mo terima..
Mawi da x top ditambah Ekin yang merupakan pelakon wanita paling berjaya.. Bosannn.. Bagi laaa filem2 best.. adoii..
wah..rayeee..rayeeee……ni nak p raye ke nak tgk tv kat uma je ni…wawawa
tul2.. aku pn xnak tgk ustaz jahil tu..
wakakaka…
raya ni kna ddk uma la.. smua kwn blk kg…
ema xblk kg thun ni.. sedisssss!!!!
tu la astro, citer yg sama di ulang2.. tapi bayaran bulanan tetap naik jugak.. anyway selamat hari raya maaf zahir dan batin
betul2 tu.. Tv3 kena wat gambar clear gilee.. mesti sume org terminate Astro..
aku rasa dah ckp clear dah..cuma skrng ni coverage n transmition tu yg 90% jer ok…
orang komplen astro..
tapi langgan gak..hm tu la kuasa TV..
Kalo x disebabkan gambar clear.. jangan harap aku nak amik Astro..
betul dx..bukan nyer best sgt pun astro, cuba ada org lain buat clear rtm n tv3, gerenti aku tak langgan lagi astro.
aku sarankan supaya buat cipta satu antenna TV yg bole clearkan gambar TV1, TV2, TV3 jee.. sekali bayar jeee.. x payah nak membazir bayar bill setiap bulan..
btol,btol,btol….
btol2..tapi skrng ni ada org on the way gak buat benda tu,…xper kita wait..skali pacak bleh tgk jerawat Rozita che wan kalau ada la..
hahahha
Astro ni bisnis..rancngan hampeh syok sndiri..aaaaaaaaaaaaa menyampah nyer aku (sambil tukar channel sukan..hehe)
huhu akhil islam kita pon islam..
dah2 la tu..aku pon marah gak..
tapi dia pon manusia..bkn malaikat.
(Dipetik dari Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi,
terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)
Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan
sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh
Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud:
(artinya)” Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan
membunuhnya termasuk kafir.”
Rasulullah SAW. bersabda: (artinya)
“Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.”
[HR Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak]
Nabi SAW. bersabda: (artinya)
” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang
nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu
turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian
mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya,ia kembali kepada
orang yang dilaknat dan jika tidak bisa ia akan
kembali kepada orang yang melaknatnya.” [ HR Abu Daud]
Rasulullah SAW. bersabda:(artinya)
” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan
saksi di hari kiamat.” [ HR Muslim dan Abu Daud]
Rasulullah SAW. bersabda: (artinya)
” Tidak pantas seorang teman baik, mengutuk
(temannya)” [HR Muslim dari Abu Hurairah]
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim,
Rasulullah SAW. bersabda:
(artinya)
” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca,
bukan yang suka menjuluki, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”
Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan
bahawa mengutuk orang mukmin itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu
menjadi hak dan wewenang ALLAH SWT sahaja, dalam
menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan
supaya ALLAH SWT. mencabut semua nikmat yang telah
diberikan kepada hambatersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang
dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya.
Oleh kerana itu Rasulullah SAW. melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat
nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.
errrr sepupusepapat lan bulu ke nih??
xla..tapi sedih tgk org di caci
hehhe…pekata tarbiyah ni saudara tujukan kepada saudara akhil hell dahulu….dlm ceramah2 beliau pon turut same mengutuk org lain…..miss propa x suke la….bn buat ni die kutuk..umno buat tuh die kutuk….senang2 die je la bina sume segala bangunan lam malaysia ni hbs cete..tayah susah2 cr duit nak menyaman org….maiza ex bini dia pon die sibuk gosip lagik…haaaa….yess….boikot astro kalo kuar gak akhil hell ni….lau kuar cete indon pon miss propa sanggup potong astro…idop MALAYSIA~!
Hari raya ni kita maafkan dia..
aku Mukmin..
korang? kalau mukmin kena la baca hadis ni..
smoga kita diterima dan di maafkan oleh ALLAH SWT
Bosan… Tgk Tv3 lagi best..
hehehe tv3 fresh…
Tv3 free x yah nak bayar2 bil.. tp rancangan 100% quality.. x de laaa asyik2 muka yg same kat TV..
Tahun depan siarkan lagi Tipah Lodeh Minah Lepat ( tajuk pun da menyampah ) time sahur.. kalo bole smpai 10 tahun berturut2.. ok Astro..
Lau tv3 da tak tayang cete2 indon lg miss propa rase 150% kualiti….da tayah pakai astro da…
x payah laa wat marhabban di Astro.. aku tgk sume artis AF terlompat2 terutama si Hazama ( budjet cm popular).. wat malu jeee..
issh nyampah ler,,asyik2 buat lgkah mawi
,klau ckap mcm poyo thap cipan naik bosan aq.
asl sembang jer msti buat2 blagak..
asyik2 buat lagkah si poyo budus nih,
,bek tngok kartun.rasa rugi jer byar astro.
ntah
aku suka TV3..
free fresh
pelakon xde la sama setiap kali masa org ramai tgk tv..
menyampah
Ade x pakej supaya aku bole buang saluran Astro Ria.. Astro Prima..
tayah kai astro….hehhee
AKU SUKA TAJUK NI Rumah Baru Bini Baru Baru Raya. AKU LAH TU , TAPI AKU BUJANG LAGI
hm harap oh bulan buat preview Filem Jack Black Year One..terang2 kutuk islam..mari kita buat kempen jgn smpai filem ni di tayangkan..
mana rancangan sarkas aku…
mane….2 x de pun
pekebarang layan movie,
time raya kita layan sanak saudara larrrrr…
aku x layan tv ponn raya ni. citer ntah apa2……..kalau la RTM, TV3, NTV7, TV9 & TV8 clear…aku pun x mo dah langgan astro.
apasal ko tak cakap kalau dapat HBO skali?