berita

Peluang Menyerlah Bakat Di Malam #KasiChance – Penampilan Istimewa Bunkface, Nik Q, Defam & Fazura!

January 17th, 2017 | by Arini Saleh
Shout Out!

Screen Shot 2017-01-16 at 12.53.59 PM

Berita baik untuk band dan bakat-bakat baru dalam bidang muzik! Wrigley’s DOUBLEMINT dengan kerjasama Universal Music Malaysia #KasiChance kepada semua bakat baru untuk menyerlahkan lagi bakat terpendam korang. Program itu diadakan di Livehouse, Trec Kuala Lumpur dan dihoskan oleh 4 artis terkenal tanah air iaitu Bunkface, Nik Q, De Fam & Fazura.

Kesemua bintang industri muzik ini akan membuat penampilan istimewa selaku juri dan penasihat. Yang paling best, program ini nak #kasichance kepada korang untuk menjadikan impian satu kenyataan! Jadi, apa lagi korang?

Penampilan istimewa Bunkface!

Screen Shot 2017-01-16 at 12.53.59 PM

Pada konsert pertama yang berlangsung pada 13 Januari baru-baru ini menampilkan Bunkface sebagai mentor, juri dan penasihat kepada bakat-bakat baru. Bunkface yang baru sahaja meraikan 10 tahun mereka dalam industri muzik tanah air menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terus berkarya dan mengembangkan bakat.

Seramai 8 kumpulan berentap

Screen Shot 2017-01-16 at 1.11.51 PM

Screen Shot 2017-01-16 at 1.15.03 PM

Screen Shot 2017-01-16 at 1.16.04 PM

Antara 8 kumpulan yang berentap di malam #kasichance

Seramai 8 kumpulan berentap menunjukkan bakat terpendam masing-masing. Ada yang menyanyikan lagu popular dari kumpulan Bunkface dan ada juga yang menyanyikan lagu yang dicipta sendiri oleh mereka. Woww! Memang sangat berbakat dan mengagumkan. Menurut Bunkface, mereka sangat berbangga dengan kemunculan band baru dan menganggap mereka sebagai penyambung legasi.

Berpeluang dapat latihan khusus daripada Universal Music!

Screen Shot 2017-01-16 at 11.33.28 AM

Secara keseluruhan, terdapat tiga acara Hari #KasiChance dengan sepuluh bakat terpilih membuat persembahan setiap malam, dan akan dihoskan oleh seorang artis Universal Music. Semua peserta, semasa pendaftaran, boleh memilih untuk membuat persembahan sama ada pada 13 Januari (dihoskan oleh Bunkface), 20 Januari (dihoskan oleh Nik Q dan DEFAM), atau 23 Januari (dihoskan oleh Fazura).

Beberapa peserta bertuah akan berpeluang untuk mendapat latihan khusus daripada Universal Music Malaysia!

Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar di doublemintmalaysia.com.my dengan mengisi butiran peribadi untuk peluang menjadi artis ternama!

SKIP THIS AD ×