berita

Pemandu Uber Acu Pisau, Rompak Penumpang Wanita Sarat Mengandung

May 23rd, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Masuk berita ni, dah beberapa kali penumpang berdepan masalah dengan driver Uber. Terbaru, seorang wanita ingin pulang ke rumah dari Mid Valley. Selalunya dia memang akan menggunakan Uber sebagai transport untuk ke satu tempat. Tapi baru-baru ni nasibnya kurang baik kerana telah dirompak oleh driver perkhidmatan tersebut. Kejamnya!

Nampak wanita lompat, menangis..

Kisah ini telah dikongsi oleh seorang bernama Eddy Ong lelaki dimana dia dalam perjalanan pulang, selepas tu dia ternampak seorang wanita lompat, menangis sambil melambaikan tangan serta mukanya yang sangat gelisah. Eddy ingatkan ada kemalangan dihadapan dan wanita inginkan pertolongan. Lalu, dia pun ambil keputusan untuk memberhentikan kereta dan bertanya apa yang terjadi.

Rupa-rupanya wanita tu telah dirompak oleh driver Uber. Dia ingin meminjam telefon Eddy untuk memberitahu suaminya apa yang berlaku. Eddy membawa wanita tu ke balai polis dan meminta suaminya terus datang ke sana.

Pada waktu kejadian dia tak perasan ada seorang lagi penumpang di tempat duduk hadapan. Dia telah diacu dengan sebilah pisau dan memaksa untuk bagi segala barangan yang ada. Wanita tu merayu supaya dia tidak dikasari kerana dia tengah sarat mengandung, jadi perompak tersebut melepaskannya.

Walaubagaimana pun, wanita tu sempat menghantar informasi driver Uber itu kepada suaminya. Tambah Eddy lagi, wanita tu selalu menggunakan perkhidmatan Uber dan tak sangka perkara sebegini boleh terjadi padanya.

Sumber: Facebook Eddy Ong

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×