berita

Pemimpin Yang Mempesonakan – Maksud Nama Islam Pilihan Felixia Yeap

July 1st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-01 at 11.46.22 AM

Memang tak dapat dinafikan bahawa wanita ini cantik dan sangat comel. Bertambah anggun lagi bila dia sudah mula mengenakan hijab sejak bulan Disember 2013 yang lalu.

Malah, wanita yang berasal dari Ipoh ini bagaikan mencipta fenomena apabila kisahnya mahu memeluk Islam menjadi perhatian media.

Artikel Berkaitan:Felixia Yeap Sahkan Bakal Peluk Islam Ramadhan Ini Sempena Hari Lahir

Menerusi temubual bersama Aznil Haji Nawawi dalam Apa Kata Malaysia, Felixia Yeap mendedahkan bahawa dia sudahpun memilih ‘Rania’ yang membawa maksud ‘pemimpin yang mempesonakan’ sebagai nama Islamnya.

Screen Shot 2014-07-01 at 11.42.10 AM

Felixia Yeap dapat nama ‘Rania’ menerusi mimpi

Indah sungguh nama yang dipilih oleh Felixia. Dia memang mempesonakan dan mungkin juga memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam keperibadiannya. Mana tahu Felixia bakal menjadi penggalak kepada individu lain untuk mendalami Islam kan?

Tapi, nama tersebut bukan dipilih sesuka hati ya! Felixia memberitahu bahawa dia telah mendapat mimpi dan sudah terlebih dahulu mengkaji nama tersebut.

Dalam sesi temubual yang sama, dia turut memberitahu bahawa tanggal 3 Julai telah dipilih sebagai tarikhnya untuk melafazkan kalimah Syahadah.

Tak kisahlah apa pun nama yang dipilih, janji niat mahu memeluk Islam itu memang sudah kuat di hati kan? Apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik buatnya!

P/S: Ada seorang sahabat mualaf masih mengekalkan nama ‘original’nya kerana mahu menghormati ahli keluarga.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×