berita

Peminat Pertikai Cara Fasha Sandha Dukung Bayi

August 20th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Fasha Sandha 1

Jika sebelum ini cara pelakon terkenal, Fasha Sandha memandikan bayi serta berpantang dipertikaikan oleh peminat, terbaru aktres ini sekali lagi dikritik gara-gara mendukung putera sulungnya, Rayfal secara mengiring di bahagian sisi dan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Artikel Berkaitan :

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Fasha beberapa hari lalu, terdapat segelintir peminat telah mempertikaikan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayinya, sehingga isu tersebut menimbulkan perbalahan antara pengikut-pengikutnya di laman Instagram.

Fasha Sandha

Cara Fasha mendukung bayinya, Rayfal

Setiap individu mempunyai cara serta pendapat mereka sendiri dalam soal mendidik anak-anak dan mungkin disebabkan itu, tidak semua peminat bersetuju dengan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayi comelnya.

Jika dilihat daripada respon peminat, ada segelintirnya merasakan cara Fasha itu tidak salah dan ianya dilihat sebagai satu perkara normal bagi seorang ibu mendukung anak tersayang.

Fasha Sandha Insta

Bagaimanapun, bagi OHBULAN! sendiri, tidak salah cara Fasha mendukung anaknya, asalkan perkara tersebut tidak mendatang kecederaan serta kesakitan pada bayi comel tersebut.

Apa pun, untuk semua peminat, jom layan beberapa foto bahagia keluarga Fasha Sandha selepas ini.


Kredit Foto : Instagram Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×