berita

Penantian Peminat Berakhir, Awal & Scha Dedah Wajah Penuh Lara Alana. Memang Comel Gila!

September 5th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

IMG_0821

Yayyyyy!! Akhirnya dapat juga peminat semua melihat wajah penuh puteri sulung Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni! Yelah kan, sebelum ni asyik dapat ‘teaser’ je.

Malah, Awal juga dah mendedahkan full name si comel itu. Bukanlah Lara Lodin seperti yang diwar-warkan sebelum ini, tetapi Lara Alana.

Peminat pun apa lagi! Overexcited la bila dah nampak wajah Lara Alana yang memang gred A comelnya. Ada yang cakap lebih kepada muka Awal. Tapi tetap sweet macam Scha. Ha… Jom tengok sini!

Screen Shot 2014-09-05 at 10.22.20 AM

Comel gred A punya!

Siapa rasa si Lara Alana ni tak comel boleh dah buat pembedahan mata. Hehe… Setakat ni, foto yang dimuat naik oleh Awal & Scha ini mendapat total lebih 23 ribu like di kedua-dua laman Instagram mereka.

Maka, terungkailah sudah semua pertanyaan di minda para peminat sekaligus menidakkan dakwaan haters yang mendakwa bahawa mereka enggan menayang foto anak mereka kerana si cilik tu tak comel. Pandai-pandai je korang ni!

Kami percaya, lepas ni mesti lagi banyak foto Lara Alana akan dikongsikan oleh Awal dan Scha. So, rajin-rajinlah jengan laman Instagram mereka ya!

Kredit foto: Instagram Scha Alyahya & Awal Ashaari

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×