
Tahun lepas, sambutan yang diberikan untuk Pencarian InnerShine “Berry Beautiful Eyes” yang sangat mengalakkan daripada pengguna membuatkan pihak InnerShine sekali lagi menganjurkan pertandingan ini buat kali kedua.
Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang tahun ini juga lebih lumayan, pengguna berpeluang memenangi set barangan kemas yang bernilai RM10000 tajaan Diamond & Platinum selain berpeluang untuk berlakon bersama Shahz Jaszle.
Syarat penyertaan mudah sahaja, anda perlu menghantar 2 keping jarak dekat mata anda dan gambar penuh sambil memegang botol InnerShine Pati Beri. Selepas itu, anda perlu sertakan borang penyertaan yang sudah lengkap & lampirkan bersama panel kod bar InnerShine di bahagian belakang pek produk InnerShine. Layari laman web www.innershinebeauty.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk para peminat drama komedi, Shahz Jaszle akan berlakon dalam drama Drama Mata Ke Hati sebagai Farid, yang memaparkan watak seorang pengarah muda yang berbakat besar di dalam industri seni tanah air. Farid terpaksa melalui pelbagai insiden yang melucukan ketika mencari pemilik sepasang mata yang telah berjaya menawan hatinya.

Farid juga menjadi kegilaan para wanita yang berada disekelilingnya kerana wajahnya yang tampan disamping berjaya dalam usia yang begitu muda. Hendak dijadikan cerita, ketika Farid ingin mengarahkan sebuah filem baru, skrip-skrip yang berada dalam arkib syarikat produksi Shine Pictures tidak berapa digemari oleh Farid. Lantas dia mengiklankan pencarian skrip yang hebat di dalam blognya yang dinamakan ‘Dari Mata Ke Hati’. Iklan tersebut mendapat sambutan ramai orang untuk menghantar karya masing-masing kepadanya. Dalam ramai-ramai wanita yang menghantar skrip di pejabatnya, Farid secara tidak sengaja ternampak kelibat sepasang mata yang telah menawan hatinya. Sejak dari itu, Farid terpesona & ingin mencari siapakah gerangan pemilik mata tersebut.
Drama komedi ini akan ditayangkan di TV3 mulai 7 November 2009 sebanyak 5 episod, setiap Sabtu, jam 4.45 petang dan kompilasi kesemua espisod secara marathon selama satu jam pada 12 Disember 2009. Jangan lupa saksikan drama yang mencuit hati ini!


0 Respon
Respon dari Pembaca OHBULAN!