Penyanyi Indonesia, Shae Teringin Berduet Bersama Hafiz (AF) - OHBULAN!

berita

Penyanyi Indonesia, Shae Teringin Berduet Bersama Hafiz (AF)

October 19th, 2012 | by Ell | 6 comments
Hollywood

Baru berusia 18 tahun, ia bukanlah penghalang bagi gadis yang sedang mencipta nama di Indonesia dan juga Malaysia ini. Kalau anda tak kenal dia siapa, OHBULAN! pasti anda pernah dengar lagu bertajuk ‘Sayang’, kan?

Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething adalah seorang gadis anggun dan mempunyai darah kacukan Australia-Riau. Bakatnya dalam bidang nyanyian dan juga mempunyai kemahiran menari yang tersendiri telah memikat hati pemain drum Winner Band sehinggalah terhasilnya album sulung Shae yang mempunyai 8 buah lagu.

Pada 17 Oktober yang lepas, OHBULAN! telah berkesempatan menemubual Shae melalui Skype di pejabat Warner Music dan kesempatan ini telah diambil OHBULAN! untuk bertanya mengenai perkembangan terbaru penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sayang’ ini.

“Sambutan album pertama di Indonesia sangat bagus dan kawan-kawan serta peminat sentiasa memberikan sokongan pada saya,” ujar Shae apabila ditanya mengenai album sulungnya.

Sebagai seorang penyanyi yang masih muda di Indonesia yang penuh dengan penyanyi berbakat, Shae tidak memandang apa yang dilakukannya sebagai satu persaingan.

“Saya tak berharap untuk bersaing dengan penyanyi lain. Saya cuma nak lakukan apa yang saya suka dan jika orang suka saya, baguslah,” jelas Shae.

Bagi Shae, antara kekuatan yang ada didalam albumnya ialah genre yang bercampur diantara pop rock dan juga RnB.

Ditanya siapakah penyanyi dari Malaysia yang diminatinya, Shae pantas menjawab, “Saya sukakan Siti Nurhaliza dan juga Hafiz. Antara lagu Hafiz yang saya minat ialah ‘Bahagiamu, Deritaku’ dan juga ‘Awan Nano’.”

Tidak kekok dengan media dari Malaysia, Shae turut menyuarakan rasa terujanya untuk berduet bersama Hafiz jika diberi peluang.

“Kalau diberi peluang, sudah tentulah saya mahu berduet dengan Hafiz. Saya sangat sukakannya!” luah Shae teruja.

Album sulung Shae menampilkan 8 buah lagu antaranya ialah ‘Kok Telfon Telfon Sih’, ‘Cintaku Telah Mati Untukmu’, ‘Kupikir Dulu’, ‘Sayang’ dan juga ‘Aku Belum Pernah. Anda boleh dapatkannya di kedai-kedai muzik berdekatan dan jika anda belum pernah mendengar lagu ‘Sayang’, jom tonton video selepas ini ya.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

6 Comments

  1. pitbull... says:

    berduet dgn hafiz.???..rasa ingin dikenali peinat di malaysia, hrmmm……..

    (0)
  2. Olga says:

    Popular kat Indonesia???? r u serious? even org2 Idnnesia pun x kenal dia!

    (0)
  3. lengchai says:

    suara xsedap..ade hti

    (0)
  4. chad says:

    sekedar pemberitahuan ja buat penulis berita ni, shea bukan artis terkenal di indonesia..
    gue indonesian, gue pun baru tahu shea dari berita ini

    (0)
  5. chaad says:

    sekedar pemberitahuan sja buat penulis berita, shea bukan artis popular di indonesia..
    gue indonesian, gue baru tahu shea pun dari berita ini

    (0)