berita

Penyanyi “Waka Waka” Shakira, Hamil Anak Pertama

September 20th, 2012 | by Ai
Hollywood

 

Pada tanggal 19 September 2012 semalam, penyanyi Hollywood yang terkenal dengan lagu “”Whenever, Wherever” dan  “Waka Waka” (lagu rasmi untuk FIFA World Cup 2010), Shakira atau nama sebenarnya Shakira Isabel Mebarak Ripol, 35 telah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertama menerusi website rasminya sendiri.

Menerusi website tersebut, penyanyi ini telah memaklumkan bahawa dirinya dan kekasih, Gerard merasa begitu gembira dan tidak sabar menunggu kelahiram bayi pertama mereka. Buat masa ini mereka juga ingin memberikan sepenuh perhatian dan keutamaan kepada detik-detik indah ini dengan menunda segala aktiviti promosi dan kerjaya masing-masing.

Memandangkan Shakira telah membuat keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada kandungannya, ini membuktikan bahawa dia tidak akan terlibat untuk Festival iHeartRadio Music di Las Vegas pada Jumaat dan Sabtu ini. Namun begitu, Shakira berjanji akan tetap mengikuti perkembangan festival tersebut dan berharap agar peminat boleh memahami situasinya sekarang ini.

Shakira dan kekasihnya Gerard, 25, pemain pertahanan untuk kelab bola sepak Barcelona telah menjalinkan hubungan sejak bulan Mac tahun lalu.

Bagi anda yang sudah terlupa lagu “Waka Waka”, jom dengar lagu ini!

SKIP THIS AD ×