berita

Perangi Kanser Servik Dengan Kempen Terbaru May

November 29th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Pelancaran May Cares For You 2-8

Tanpa kita sedari, Malaysia telah mencatat lebih kurang 1100 orang wanita menghidap penyakit kanser servik setiap tahun.

Walaupun wanita berusia 30 tahun ke atas lebih berisiko untuk menghidapi penyakit ini, namun kanser servik didapati semakin banyak menyerang gadis-gadis muda.

Disebabkan info mengenai penyakit maut ini jarang mendapat perhatian, maka produk sabun jenama May telah tampil ke hadapan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Pelancaran May Cares For You 2-4

Menerusi program May Cares For You yang telah memasuki fasa kedua ini, mereka akan mengadakan jelajah bersiri di cawangan pasaraya Giant terpilih bertemakan kempen Shop & Support Cervical Cancer Awareness.

Orang ramai yang peka dengan masalah ini digalakkan untuk membeli produk MAY di Giant dan turut serta dalam menulis kata-kata motivasi atau ikrar berkenaan kanser servik di laman Facebook May.

Untuk pengetahuan anda, lima peratus daripada hasil jualan produk MAY akan disumbangkan ke National Cancer Society Malaysia (NCSM) bagi membantu mereka yang memerlukan.

Pelancaran May Cares For You 2-10

Seiring dengan bulan Kesedaran Kanser Servik yang jatuh pada bulan Januari, kempen ini telah mula diadakan pada 27 November 2013 sehingga 31 Januari 2014.

Program May Cares For You ini juga turut dijayakan oleh pelakon terkenal, Tiz Zaqyah sebagai duta May di samping selebriti lain seperti Jonathan Putra, Nadia Heng, Jezmine Zaidan dan ramai lagi.

Untuk semua pembaca OHBULAN!, di bawah ini adalah foto-foto yang sempat dirakam sekitar majlis pelancaran kempen Shop & Support Cervical Cancer Awareness untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×