berita

Percikan Rona Merah Tanda Keberanian

July 2nd, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Rona merah difahamkan mampu membangkitkan tenaga dan aura sesiapa sahaja yang menggayakannya. Selain itu, rona merah juga mampu menimbulkan kesan optimis, sensasi dan juga kemewahan disamping meningkatkan adrenalin dan keinginan meluap-luap untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Namun begitu, awas  kerana rona merah juga dikatakan mampu merangsang kemarahan dan membangkitkan sifat agresif dalam diri seseorang.

Disini terdapat contoh busana, tas tangan dan kasut berona merah yang sesuai untuk digayakan oleh wanita-wanita yang menggemarkan rona ini.

Busana

Busana berona merah terang yang digayakan oleh Diana Amir ini kelihatan sungguh cantik dan menyerlahkan lagi penampilan Diana. Lazimnya busana berona merah amat sesuai digayakan oleh individu yang mempunyai tona kulit yang cerah kerana ia mampu menaikkan lagi seri dan pesona si pemakai. Namun begitu tidak salah sekiranya individu yang berkulit hitam manis turut ingin menggayakan busana dari rona yang senada, yang penting adalah keyakinan diri dalam menggayakan busana tersebut.

Tas Tangan

Tas tangan berona merah ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Materialnya yang diperbuat daripada kulit turut memikat hati setiap wanita dan ia mampu menyerlahkan lagi penampilan si pemakai untuk tampil lebih bergaya dan hebat sepanjang hari.

Kasut Tumit Tinggi

Kasut bertumut tinggi berona merah ini mampu membangkitkan aura si pemakai. Struktur tumitnya yang sedikit runcing mampu menyerlahkan lagi penampilan dan keseksian si gadis.

Lazimnya rona merah dikaitkan dengan individu yang berpersonaliti yakin dan berani dalam setiap penampilannya. Ini kerana rona merah mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya dan ia juga dapat menonjolkan sensasi kejelitaan wanita. Jadi, tidak salah sekiranya sekali sekala tampilkan kelainan dengan menggayakan barangan dari rona merah ini bagi membangkitkan pesona dan keanggunan wanita sebenar.

Sumber : MIG Online

SKIP THIS AD ×