berita

Pergi Jepun Bersama, Zizan & Emma Tak Muat Naik Foto Berdua. Dah Kenapa?

June 10th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

ABPBH2013LR-259

Mesti ramai yang dah tahu mengenai kunjungan pengacara dan pelawak terkenal iaitu Zizan Razak ke Jepun kan? Dengar cerita, Zizan ke Jepun bersama buah hatinya, Emma Maembong.

Eh, nanti dulu, jangan fikir bukan-bukan. Kami difahamkan pasangan ini ke Jepun atas urusan kerja dan bukannya pergi bercuti berdua-duaan.

Namun, apa yang pelik, bila kami mengikuti perkembangan pasangan ini di Instagram, tidak ada satu pun foto mereka bersama yang kami jumpa. Selalunya mereka ni bukan main lovey dovey lagi.

ZizanTak muat naik foto bersama, tetapi jelas terpancar kegembiraan bercuti ke Jepun

Korang semua pasti dah sedia maklum bahawa pasangan ini tak lagi menyorokkan kisah percintaan mereka kan? Bahkan, Instagram mereka pun dipenuhi dengan foto-foto mesra bersama.

Tetapi tidak kali ini. Baik Emma mahupun Zizan, kedua-duanya tidak berkongsi gambar mereka berdua sepanjang berada di Jepun. Persoalannya mengapa?

Pasti ramai peminat yang ingin melihat gelagat romantis pasangan ini di Jepun kan? Takpe lah dik, tak ada rezeki nak tengok. Mungkin Emma dan Zizan ada alasan tersendiri mengapa mereka berbuat demikian.

Apapun, kami pun suka bila tengok Emma gembira disisi Zizan dan kami turut mendoakan pasangan ini cepat-cepatlah naik pelamin.

SKIP THIS AD ×