berita

Pergi Matilah – Doktor Lempar Kata Kesat Pada Enot Kerana Enggan Buat Rawatan Cegah Kanser

July 11th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-11 at 11.33.11 AM

Sakit hati pula bila baca luahan hati Enot di mStar Online hari ini. Mana taknya, orang tu dahlah memang sakit, ditambah pula dengan makian oleh doktor yang biadab macam tu. Siapa tak marah kan?

Enot yang menghidapi penyakit kanser usus itu enggan membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi kerana kegagalan kaedah rawatan tersebut untuk menyembuhkan ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.

Lebih menyayat hati, Enot kini yang sudah redha untuk ‘pergi’ mahu bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan anak-anaknya.

Screen Shot 2014-07-11 at 11.34.30 AMEnot hanya mahu kumpul duit untuk anak-anaknya

“Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.

Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu.”

Menyimpan hasrat mahu menunaikan Umrah bersama anak-anak jika berkesempatan, Enot kini hanya melakukan rawatan tradisional dan mengambil beberapa pil untuk kesihatan tambahan.

Kredit foto: Instagram Enot

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×