berita

Perkara Menarik Yang Gadis Ini Pelajari Tentang Tun M Setelah Pelawaannya Bertemu Di Korea Diterima

June 1st, 2016 | by Wan
Kini Trending

tunmohbulan

Sejujurnya walaupun mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersara dari tampuk pemerintahan negara, beliau sehingga kini masih dirindui dan diingati.

Walaupun sudah berumur, beliau masih lagi aktif menghadiri beberapa majlis tertentu di dalam negara mahupun luar negara. Terbaru, beliau ke Korea.

Beberapa minggu sebelum Tun M ke Korea, gadis ini menulis surat dengan harapan Tun M sudi menjadi tetamu mereka semasa ke Jeju. Siapa sangka pelawaan tersebut diterima dan berikut perkara yang diperolehi gadis yang sedang melanjutkan pelajaran di Korea ini selepas berjumpa dengan Tun M.

Berpeluang lunch dengan Tun M & Tun Siti Hasmah

m1

Beberapa perkara yang saya belajar tentang dua negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah semasa makan tengah hari bersama mereka di Jeju:

Tun Siti Hasmah seorang yang bercakap dengan sangat lemah lembut & peramah. Tun Mahathir nampak sedikit tegas waktu di bilik hotel tapi selepas kami keluar, beliau semakin friendly ( boleh tengok video yang saya post. Tun siap ambilkan gambar kitorang lagi, sampai Tun dah masuk dalam kereta pun masih ambil gambar lagi haha)

Selepas tengok hotel tersebut, saya sangat bimbang jikalau restoran yang saya bawa mereka makan tidak sebagus dibandingkan dengan hotel tersebut. Bagaimanapun mereka berdua kelihatan sangat gembira dan menghargai restoran tersebut, tidak berasa janggal dan baik dengan semua orang termasuk pemilik restoran.

Tun tak suka tengok makanan tak habis. Mereka tegur “banyak sangat makanan ni, boleh habis ke ni, jangan order banyak2 sangat…” bila tengok makanan sampai. Tapi mereka habiskan juga nasi mereka walaupun saya tak mampu nak habiskan nasi (sbb nervous sangat makan depan Tun)

Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah akan beri perhatian, dengar dengan teliti dan menunjukkan minat tentang apa sahaja yang saya ceritakan. Tentang Jeju, pelajaran, dan bisnes di sini. Tiada apa yang perlu dibimbangkan, saya boleh bercerita apa sahaja kepada mereka termasuklah perkara yang melibatkan politik.

Mereka sangat supportive

m2

Tun minat orang muda yang bekerja keras bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka terutama orang Melayu. Bila saya beritahu beliau tentang perniagaan saya,  Jeju Muslim Travel, beliau cakap “Bagus ni, suka kerja macam orang Korea juga ye”

Tun Siti Hasmah memang sangat menjaga etiquette, bila saya beri hadiah beliau tak benarkan pembantunya untuk ambil hadiah tersebut dari dirinya. Beliau nak pegang dahulu. Mereka juga sangat supportive & sangat sabar dengar Kina bercakap. Mereka sentiasa beri masa untuk saya bercakap dan tunggu sehingga saya habis dahulu sebelum berkata sesuatu.

Tun M memang sangat-sangat cool, bila kami berjalan keluar dari restoran, saya beritahu beliau “Tun sebenarnya kan, kitorang semenjak minggu lepas lagi nervous nak jumpa Tun”. Beliau ketawa dan cakap “laa apa yang nak nervousnya”

Selepas meluangkan masa dengan mereka, saya mula lebih menyayangi mereka.

m3

Video Tun Siti Hasmah tak bagi pembantu ambil hadiah diberi

Sedikit video waktu Kina berikan Jeju souvenirs kepada Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah selepas kami selesai lunch bersama.. Tun Siti Hasmah siap halang assistant ambil hadiah dari tangan beliau ?

Posted by Sakinah Omar on 27hb Mei 2016

Kredit : Sakinah Omar

SKIP THIS AD ×