Laman Utama » Berita Terkini

Konsert Erykah Badu yang sepatutnya berlangsung malam ini di Pusat Konversyen Kuala Lumpur menemui jalan buntu apabila permitnya telah ditarik balik oleh pihak kerajaan, hari ini. Pihak penganjur Pineapple Concerts telah menyalahkan akhbar The Star kerana menyiarkan gambar tidak rasmi penyanyi tersebut sehingga membangkitkan sentimen masyarakat. Pihak penganjur menambah lagi, mereka telah menghubungi wakil akhbar dan pihak akhbar sudah memohon maaf.

Setakat ini, pihak penganjur masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan terhadap pihak akhbar terbabit. Erykah turut akur dengan keputusan kerajaan serta menghormati sensitiviti dan pegangan agama rakyat Malaysia.

Penganjur dikatakan menangungg kerugian namun jumlahnya tidak didedahkan. Peminat boleh mendapatkan semula wang tiket melalui wakil jualan AirAsiaRedTix.

Erykah nyata kecewa, namun dia berharap agar diberikan peluang untuk mengadakan konsert di sini kelak. Namun begitu, konsert di Indonesia masih berjalan seperti biasa.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Konsert Jelajah Jason Mraz Di Malaysia Jun 2012, Yay!