berita

Pernikahan Pertama Siti Fazurina Tak Sah

March 26th, 2013 | by Ell | 16 comments
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-03-26 at 12.39.43 AMBukan boleh dibuat main, tapi itulah hakikat sebenar yang harus diterima apabila pelakon, Siti Fazurina akhirnya akur dan terpaksa nikah untuk kali kedua kerana pernikahannya bersama suami, Muhammad Hykal Zulkifli, 32, pada 20 Disember tahun lepas tidak sah mengikut hukum syarak.

Pernikahan keduanya telah berlangsung pada 20 Mac lepas, selepas 3 bulan mereka menjadi pasangan ‘suami isteri’.

“Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.” – Zubaidah Abu Bakar, ibu Siti Fazurina.

Menurut ibu Fazurina, pelakon ini telah memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan maklumat tersebut adalah palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, walaupun sudah bernikah kali kedua berwalikan adik kandungnya sendiri, ibu Fazurina ketika ditemubual memberitahu bahawa dia masih belum terfikir untuk memaafkan kesilapan Fazurina.

“Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu.”

Apa pun, semoga Fazurina dan suami hidup bahagia dan tak salah jika ibu memahami anak pula. Perkara yang lepas kan tak elok jika dikenang.

Sumber : mStar Online

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

16 Comments

  1. nyiella says:

    Kecian ibu yang telah bermatian2 mlahirkan n mjaga kmu dulu….

    (0)
    • Olga says:

      pompuan ni mula2 dulu aku kesian jugak konon kahwin x dpt restu bagai..
      tp lepas je dia wat majlis bogel rambut terus aku menyampah!
      nampak sgt mmg pompuan ni yg kemarok nk kahwin!

      (1)
  2. alang says:

    bab nikah pn nk palsukan maklumat..apala ko nih..tu nikah da xsah..3bulan sblm tu dok ngan somi ko tu kire camne?

    (0)
  3. Zek Zaidi says:

    Wowwww 3 bulan “main” cam tu je…kena buat kes ni!

    (0)
  4. silent says:

    sah dr segi ugama..tidak sah bg undang2 malaysia….

    (0)
    • loudspeaker says:

      Memang x sah dr hukum syarak&Islam sbb x ikut turutan wali. Dia bknnya kawin lari kt siam pn kt sana bleh ler guna wali hakim klau cukup jarak 2 marhalah. Masalahnya dia kawin di penang di malaysia tp x guna wali yg sepatutnya. Ikut turutan wali selepas bapa ialah abg / adik kandung (klau ramai abg ikut ler sususan yg sulung ke yg akhir) lepas tu datuk sebelah bapa,klau xda juga barulah bapa saudara sebelahbapa boleh jd wali…mcm tu ler sepatutnya. Jd memang confirmlah selama tempoh tu nikah x sah… Nasib baik x mengandung klau x…hanya Allah SWT yg tahu.

      (0)
    • loudspeaker says:

      Td tu aku tersilap sikit lepas bapa datuk dulu baru abg. Utk panduan bersama ni aku copy paste dr web JAWI.
      Susunan Wali SUSUNAN KEUTAMAAN WALI BAGI PIHAK PEREMPUAN YANG INGIN BERKAHWIN
      Bapa Datuk sebelah bapa hingga ke atasSaudara lelaki seibu sebapa (adik beradik lelaki seibu sebapa )Saudara Lelaki sebapa(adik beradik lelaki sebapa)Anak saudara lelaki bagi saudara lelaki seibu sebapaAnak saudara lelaki bagi saudara lelaki sebapaAnak,anak saudara lelaki bagi saudara lelaki seibu sebapa( cucu Saudara )Anak,anak saudara lelaki bagi saudara lelaki sebapa(cucu saudara)Bapa saudara seibu sebapa sebelah bapaBapa saudara sebapa sebelah bapaAnak lelaki bagi bapa saudara seibu sebapa sebelah bapa( Sepupu lelaki yang seibu sebapa sebelah bapa)Anak lelaki bagi bapa saudara sebapa sebelah bapa(sepupu lelaki yang sebapa sebelah bapa)Anak ,anak lelaki bagi bapa saudara seibu sebapa sebelah bapa( anak sepupu lelaki yang seibu sebapa sebelah bapa)Anak,anak lelaki bagi bapa saudara sebapa sebelah bapa(anak sepupu lelaki yang sebapa sebelah bapa)Bapa saudara bapa seibu sebapa sebelah bapa(datuk saudara)Bapa saudara bapa sebapa sebelah bapa(datuk saudara)Anak bapa saudara bapa seibu sebapa di sebelah bapa(Anak datuk saudara)Anak bapa saudara bapa sebapa sebelah bapa(anak datuk saudara)Anak,anak bapa saudara bapa seibu sebapa sebelah bapa(cucu datuk saudara)Anak ,anak bapa saudara sebapa sebelah bapa (cucu datuk saudara)Bapa saudara bapa ,bapa  sebelah seibu sebapa (Moyang saudara)  Bapa saudara bapa,bapa sebelah sebapa(Moyang saudara )Anak lelaki bapa saudara bapa ,bapa sebelah bapa yang seibu sebapa(anak moyang saudara)Anak lelaki bapa saudara bapa ,bapa di sebelah bapa sebapa hingga kebawah(anak moyang saudara) Wali Sultan / Hakim

      (0)
  5. montel says:

    nasib baik belum mengandung.. kalau x kira tu anak luar nikah.. mcm2 la duni skang ni.. ni la kalau kahwin xde restu mak bapak..

    (0)
  6. marie says:

    Jgn mudah mengatakan sah di sisi agama.Sedangkan wali ini ade peringkt nya.Wali utama adalah pada,jika bapa meninggl datuk,kemudian adk brdk lelaki..dan strsnya…

    (0)
  7. Milo says:

    mak yg baik takkan buka aib anaknya kepada media..ye tak macik??

    (0)
  8. cute says:

    mcm mana tue,mlm dah kan?….berzina lah kan. kalu dpt ank,dah sah anak luar nikah…..makcik tak bersalah,wartawan nak tahu….bodoh punye perempuan,sbb cinta,sangup tipu…..bukan dah paki tudung??

    (0)
  9. blueberry says:

    depa nie tak blajar agama ka

    (0)
  10. mssilent says:

    so before this…they consider berzina la…malunye…tu la org tegur kata jgn masuk campur hal org..

    (0)
  11. chichi says:

    tak perlulah terlampau sangat mengeji. sekurang2 beliau ada jugak inisiatif nak menikah semula… ramai lagi orang lain yang tak seberani beliau nak melalui proses pernikahan untuk kali ke2. especially bila cite pasal jatuh air muka sebab yg 1st dah kecoh. tentang 3 bulan tu, biarlah Allah saja yg jatuhkan hukuman. kalau dah berdosa pun, tetap Allah akan ampunkan sekiranya beliau mohon ampun. pasal mak dia plak carik2 bulu ayam lama2 cantum la jugak. ramai je orang (artis atau pun bukan) yg dok serumah dan xde plan nak nikah pun, yang mengandung pun ada… sapa la kita ni nak senang2 menghukum orang lain. peace!

    (0)
  12. semutmerah says:

    Pada pendapat aku pulak,,, mungkin tak ada siapa yang menerangkan kepada die nasab wali ni… dan mereka yang terlibar dalam pernikahan pertama tu tak tahu jugak pada nasab wali ni. jadi, ini adalah pengajaran kepada kita yang belum berkahwin untuk mengambil tahu berkaitan dengan rukun nikah dan syarat sah nikah,, semoga perkara ini tidak berulang kembali..

    Kepada Fazurina, die mungkin khilaf dan tersilap, hanya Allah yang mengetahui apa yang die tahu dan apa yang die tak tahu, jadi bertaubat dan mohon apmpun.

    Kepada peminat atau peyokong fazurina, biar Allah sahaja yang menghukum atau mengadili dia,,, sbb hanya Allah yang mengetahui segala yang kalian tidak tahu.

    Pesanan untuk diri sendiri jua.

    (0)
  13. awek kulim says:

    sbb itulah kita jgn ketepikan family krna trgilakn jantan…!!!

    (0)