berita

Pesanan Abby Abadi Apabila Memey Mahu 6 Orang Anak

March 3rd, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-02 at 11.11.24 PM

Suka kami apabila melihat kebahagiaan pasangan romantis, Norman Hakim dan Memey Suhaiza ni. Tak lama lagi, Memey bakal melahirkan anak kedua tau! Pasti Norman pun turut excited.

Dengar cerita, Memey mengidamkan anak seramai 6 orang. Meriahlah nanti apabila anak-anak dah besar. Kalau nak tahu, Norman ada berkongsi berita tersebut di laman Instagram miliknya.

Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah pesanan daripada bekas isterinya, Abby Abadi. Apa pula kata Abby kali ini ya?

Usahakan & Perbaiki Layanan Pada Yang Dah Ada Ni Dulu – Abby

Screen Shot 2015-03-02 at 11.11.56 PM

Melalui ruangan komen, sempat juga kami screenshot pesanan Abby buat Norman. Abby meminta Norman supaya mengusahakan dan perbaiki layanan pada yang dah ada (anak-anak) ni dulu.

Screen Shot 2015-03-02 at 11.06.53 PM

Maklumlah, tanggungjawab seorang bapa kan besar. Tapi, kami pasti Abby hanya memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada bekas suaminya itu.

Memey Suka Anak Ramai

Screen Shot 2015-03-02 at 11.18.34 PM

Untuk pengetahuan korang, Memey sendiri mengakui dia sememangnya suka jika dikurniakan anak yang ramai. Maka, tak hairanlah Memey mahukan enam orang anak kan? Kami harap impian Memey jadi kenyataan. Kalau dah rezeki, tak kemana.

SKIP THIS AD ×