berita

Petronas Lancar Servis Penghantaran Gas 1-300-888-GAS

April 4th, 2012 | by M | 3 comments
Advertorial


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan ‘Servis Penghantaran Gas PETRONAS ke Rumah’ yang merupakan satu cara unik dan mudah untuk memesan gas memasak melalui talian hotline, 1-300-888-GAS(427). Servis ini sekaligus membezakan PETRONAS dengan pesaing-pesaingnya yang lain dimana ia mendekatkan lagi hubungan antara pengguna dengan jenama terkemuka ini.

Servis perintis “Bukan Sekadar Menghantar Gas” bukan sahaja mengubah cara memesan silinder gas, malah anda berpeluang menikmati pemeriksaan keselamatan secara percuma dan pengumpulan mata ganjaran Kad Mesra.

Servis Penghantaran Gas PETRONAS akan diadakan secara berperingkat meliputi bandar-bandar besar dan pusat perbandaran dimana para pelanggan di seluruh Malaysia boleh memesan silinder gas bersaiz 12kg dan 14 kg melalui talian hotline ini. Bagi memastikan kepuasan pengguna, anda dijamin penghantaran segera dalam masa 1 jam selepas membuat pesanan dan caj penghantaran diselaraskan mengikut kadar yang ditentu.

Bercakap di majlis pelancaran, Encik Amir Hamzah Azizan, Pengarah Urusan dan Ketua pegawai Eksekutif PDB berkata, ” Servis Penghantaran Gas PETRONAS merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan PDB yang berterusan dalam memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya.”

Mengenai keselamatan pula, kakitangan terlatih akan memeriksa injap kompak, hos, regulator dan penyambung silinder untuk memastikan kesemuanya terpasang dengan kedap dan berada dalam keadaan baik. Perkhidmatan tambahan ini menekankan dan memupuk kepentingan langkah keselamatan kepada pelanggan.

Mata ganjaran Kad Mesra yang terkumpul pula boleh ditebus semula untuk mengisi minyak dan membeli barangan lain di semua Kedai Mesra PETRONAS di seluruh negara.

“Servis yang unik ini mengukuhkan kedudukan Gas PETRONAS sebagai Gas Memasak No.1 Malaysia untuk menjadi peneraju industri ini,” kata Amir lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis ini, sila layari www.mymesra.com.my.

TVC selepas ini.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

3 Comments