berita

Keikhlasan Polis Trafik Jadi Viral Di Laman Sosial

December 15th, 2014 | by Wan
Kini Trending

jay

Korang pernah tak mengalami situasi di mana tayar kereta tiba-tiba pancit masa tengah drive? Tambahan pula masa itu korang rushing nak pergi kerja atau attend meeting, memang stress gila kot. Itu dah satu hal, masalahnya pandai ke tukar tayar? Haha

Baru-baru ini tersebarnya beberapa keping gambar yang menjadi viral dikongsi oleh pemilik Facebook bernama Jay Sheelan. Melalui gambar tersebut, dia menceritakan bagaimana seorang polis trafik yang baik hati telah menolong menukarkan tayar kereta isterinya yang pancit.

polis

Menurut Jay, semasa dalam perjalanan menuju ke Jalan Kuching, dia menerima panggilan daripada isterinya memberitahu tayar kereta yang dipandu isterinya itu telah pancit. Jay bergegas menuju ke lokasi isterinya itu namun apa yang memeranjatkan, terdapat seorang polis trafik sedang membantu menukar tayar kereta tersebut.

Jay bercadang untuk memberikan sedikit wang kepada polis tersebut sebagai tanda terima kasih namun ditolak dengan baik.

Hari ini saya tolong awak, sekarang giliran awak pula untuk tolong orang lain.

Sikap yang ditunjukkan oleh polis trafik tersebut membuatkan Jay tersentuh dan berharap ada lebih ramai lagi sepertinya. Rasanya ini bukan kali pertama cerita tentang kebaikan polis trafik tersebar, tapi tak apa lah kami nak bagi kesedaran kepada orang ramai.

Sikap polis trafik ini patut dicontohi oleh orang ramai, sekaligus melahirkan masyarakat Malaysia yang suka tolong menolong. Kita kan 1Malaysia! Setakat hari ini, post milik Jay itu telah mendapat 482 perkongsian. Salute untuk abang polis trafik!

Sumber Foto : Facebook/Jay Sheelan

SKIP THIS AD ×