berita

Poor Upbringing & Low Mentality – Sheila Majid Selar Tindakan Individu Racist

July 23rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

sheilamajid

Sebelum ini Alvin dan Vivian telah dikecam teruk oleh masyarakat kerana telah didakwa menghina Islam dengan memuatnaik foto bersama caption ‘Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh.. Wangi, enak dan menyelerakan’.

Dilihat tidak mengambil iktibar atas perkara tersebut, individu bernama Chow Jack pula telah memuatnaik status berunsur perkauman di laman Facebooknya.

Prihatin dengan isu semasa, Sheila Majid menyelar tindakan tidak bermoral itu dan menganggap bahawa individu tersebut mempunyai mentaliti yang rendah.

Screen Shot 2014-07-23 at 1.05.43 PM

Komen Sheila Majid mengenai status Chow Jack yang berunsur perkauman

Luahan perasaan Sheila Majid itu mendapat sokongan ramai apabila foto tersebut mendapat lebih 250 likes dan komen daripada para peminatnya.

Kebanyakan mereka turut menyatakan rasa kesal terhadap perkara tersebut dan meminta agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas individu itu.

Seharusnya status yang sedemikian tak patut wujud. Kita kan duduk dalam satu negara yang berbilang bangsa. Maka, wajiblah kita untuk saling hormat-menghormati sensitiviti kaum lain kan?

Kredit foto: Instagrm Sheila Majid

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×