berita

Primadona Melayu Alaf Baru Koleksi Syaiful Baharim

July 9th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Semua sedia maklum bahawa Syaiful Baharim merupakan salah seorang pereka fesyen tempatan yang terkenal. Ramai artis popular telah menggunakan khidmat beliau bagi menghasilkan busana yang cantik dan eksklusif.

Untuk kempen koleksi busana lebaran kali ini, Syaiful Baharim telah memilih Maya Karin sebagai ilham rekaannya, dan Syaiful turut memilih tema Primadona Melayu Alaf Baru sebagai penghormatan kepada aktres popular ini.

Di sini terdapat beberapa sampel rekaan Syaiful Baharim untuk koleksi busana lebaran tahun ini.

Busana rona jingga ini kelihatan sangat menarik dan unik. Padanan perincian jemaki berantai di bahagian leher membangkitkan lagi pesona dan keanggunan Maya Karin. Selain itu, penambahan lebihan kain bermotifkan reben yang dihias di bahagian tangan menonjolkan lagi eleman Primadona Melayu Alaf Baru, bersesuaian dengan tema yang ingin ditonjolkan oleh Syaiful.

Busana lebaran berona unggu ini kelihatan sungguh klasik dan mempesonakan. Perincian jemaki di bahagian bahu dan leher menyerlahkan lagi penampilan Maya Karin yang anggun dan elegan. Potongan busana yang direka bertingkat serta potongan kain yang agak labuh menonjolkan lagi keayuan wanita sejati.

Busana rona kuning keemasan ini kelihatan sungguh menarik, dimana potongan busana yang direka ala kebaya longgar menyerlahkan lagi kejelitaan dan keayuan Maya Karin. Selain itu, padanan perincian jemaki yang sarat di bahagian tengah dan lengan busana membangkitkan lagi aura klasik dalam rekaan busana ini.

Busana rona pink cerah ini mampu menimbulkan suasana ceria dan harmoni. Busana berpotongan sedikit singkat ala kebaya, serta padanan kain yang labuh ini memberikan ilusi tingggi dan langsing buat si pemakai. Disamping itu, bahagian pinggang disematkan dengan rekan ala tali pinggang, membuatkan busana ini kelihatan sedikit moden dan unik.

Kredit Foto : Murai.com

SKIP THIS AD ×