berita

Puteri Sarah Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

September 18th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Puteri-Sarah-Liyana-Nekad-Berhenti-Berlakon

Tidak dapat dinafikan bahawa jalan raya merupakan medan utama yang meragut ribuan nyawa saban tahun, tak kiralah musim perayaan ataupun hari-hari biasa.

Ada sahaja kisah kemalangan ngeri dicatatkan setiap hari di dada-dada akhbar. Kadang-kadang bukan salah kita pun, tapi disebabkan orang lain yang cuai, kita turut terlibat sama.

Terkini, Puteri Sarah yang juga merupakan isteri kepada pengarah terkemuka tanah air, Syamsul Yusof telah disahkan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Screen Shot 2014-09-18 at 1.04.28 PM

Datin Patimah memuat naik status mengenai insiden ini di laman Facebooknya

Menerusi laporan Astro Gempak, Puteri Sarah dikatakan terbabit dalam kemalangan jalan raya di kawasan Ukay Perdana pada Jumaat lepas.

Perkara itu disahkan sendiri oleh kedua mertuanya, Yusof Haslam dan Datin Patimah. Bagaimanapun, menurut mereka lagi, Puteri Sarah terselamat daripada kemalangan tersebut dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Pada hari kejadian, Sarah pulang ke rumah mereka di Ukay Perdana untuk mengambil barang…Kemalangan tersebut telah menyebabkan pintu kereta sebelah pemandu remuk teruk.

Bagaimanapun saya bersyukur menantu saya selamat dan tidak cedera, cuma  Sarah masih trauma dengan apa yang berlaku. Syamsul pula tiada di sini kerana sedang menjalani pengambaran filem Misteri Long Piah di Klang, Selangor bersama adiknya Syafiq.”

Alhamdulillah. Nasib baik tidak berlaku apa-apa perkara yang lebih buruk. Apapun, kami turut tumpang simpati dengan nasib Puteri Sarah yang kerap dilanda dugaan sejak akhir-akhir ini.

Untuk makluman anda, sebelum ini Puteri Sarah dilaporkan mengalami keguguran bayi pertamanya dengan Syamsul Yusof. Takpelah, mungkin ini semua dugaan buat Puteri Sarah dan keluarganya kan? Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka semua.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×