berita

Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang Angkara Bekas Kekasih

December 16th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

mardiana

Putri Mardiana yang ditangkap khalwat bersama Shahrizam Abdullah pada Ahad lalu mendakwa bahawa perkara tersebut sebenarnya dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri kekasihnya.

Artikel Berkaitan: Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang

Diperangkap Bekas Kekasih

Menerusi laporan Malaysian Digest, Mardiana juga mengatakan bahawa kekasihnya itu hanya masuk ke rumahnya untuk minum sebentar.

maxresdefault

“Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.

Mereka bersepakat kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat.

Katanya, teman lelakinya itu menghantarnya pulang sebelum masuk ke dalam rumahnya untuk minum sebentar. Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tidak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa.

Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah. Sebenarnya, bekas teman lelaki saya itu adalah kawan baik kepada Ejump.”

Isteri Kekasih Nafi Telah Bercerai

Malah, Mardiana turut memaklumkan bahawa teman lelakinya itu bukan lagi suami orang dan bakal berkahwin tahun hadapan. Namun, menerusi laporan Astro Gempak, kenyataan itu disangkal oleh isteri Shahrizam, Norhasni Md. Hashim dan mendakwa mereka masih berstatus suami isteri.

Screen Shot 2014-12-16 at 10.58.46 AM

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×