berita

Qi Razali Jelajah Tempat Menarik Demi Naikkan Martabat Koko Tempatan

March 7th, 2014 | by Ai
Travelogue

DEX_8358

Seiring dengan kemajuan dan kepesatan dunia kebelakangan ini, ramai yang seakan meminggirkan kewujudan produk coklat yang diasaskan dari koko tanaman Malaysia.

Disebabkan itu, TV9 dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menghasilkan sebuah program menarik diberi judul Kokolog khas bagi mempromosikan penggunaan koko tempatan di kalangan masyarakat.

Menampilkan Qushairi Razali atau Qi sebagai pengacaranya, program ini akan memperkenalkan resepi unik menggunakan produk berkaitan koko sama ada serbuk koko, kepingan coklat masakan atau lemak koko sebagai sebahagian daripada bahan.

DEX_8338

Apa yang menariknya, Kokolog bukanlah sekadar rancangan masakan yang biasa kerana program ini turut membawa penonton menjelajah tempat-tempat menarik sekeliling Malaysia.

Selain daripada segmen masakan yang dikendalikan oleh hos utama bersama Chef Tamu, Kokolog juga dipenuhi dengan informasi berguna menerusi segmen tanggungjawab sosial, Kreatif Koko dan gubahan hantaran.

Antara aktiviti amal yang ditonjolkan ialah merealisasikan impian seorang anak yatim yang ingin menjadi chef serta memberi sumbangan kepada artis legenda tanah air iaitu Datuk Jamil Sulong yang sedang uzur.

Bagi yang terlepas menonton episod pertama pada minggu lepas, anda boleh saksikan episod seterusnya pada setiap hari Ahad ini jam 10 pagi di TV9.

SKIP THIS AD ×