berita

Rahsia Kecantikan Ziana Zain

June 29th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Pada tanggal 1 Julai 2012 yang akan datang, seorang artis senior, Ziana Zain julung-julung kalinya akan memperkenalkan produk kecantikan miliknya yang dikenali sebagai B.Lift. Menurut Ziana Zain, B.Lift merupakan perkongsian kecantikan yang telah diamalkan olehnya lebih dari 20 tahun yang lalu dan produk ini merupakan produk pemakanan tambahan yang dapat memelihara kecantikan wajah dari dalam secara semulajadi.

Pada dasarnya, B.Lift merupakan produk makanan tambahan yang diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan asli dan juga kolagen bermutu tinggi. Disamping itu, produk makanan tambahan yang berbentuk serbuk ini seratu peratus halal dan telah diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM.

Selain itu, menurut Ziana Zain, B.Lift merupakan satu produk yang istimewa buatnya kerana khasiatnya diperakui dan ia telah menjalani proses pembuatan yang penuh terperinci sebelum produk ini dipasarkan secara meluas kepada pengguna.

Merujuk kepada kaedah pemasaran produk B.Lift ini, Ziana Zain telah memilih untuk tidak memasarkannya secara langsung di kedai-kedai, tetapi beliau memilih untuk menggunakan alternatif pemasaran lain iaitu melalui medium pemasaran di internet seperti Twitter dan Facebook. Selain itu, beliau turut akan mengadakan ceramah kecantikan untuk produk B.Lift ini setelah produk ini selamat dilancarkan.

Bagi individu yang berminat untuk mencuba produk B.Lift ini, anda boleh layari Facebook Ziana Zain di Ziana Zain Ventures atau di Twitter beliau iaitu @ZZventures. Selain itu, anda juga boleh mengirimkan email kepada beliau di [email protected].

Sumber : Murai.com.my

SKIP THIS AD ×