berita

Rain Kembali Dengan Drama Terbaru, My Lovable Girl

July 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

1235579-rain-south-korea-617-409

Berita baik buat peminat siri drama Korea khususnya yang menggilai pelakon kacak, Rain. Korang semua mesti dah rindu pada jejaka ini kan?

Maklumlah, Rain pun dah lama tak keluar dengan produk terbaru. Tetapi kali ini, kami dengan gembiranya nak beritahu anda bahawa Rain akan kembali dengan drama terbaru. Yeay!

Menerusi portal Soompi, pelakon yang popular dengan siri ‘Full House’ ini bakal muncul dengan drama berjudul My Lovable Girl yang bakal ditayangkan pada September nanti.

Jung-Ji-Hoon-Rain-Bi-image-jung-ji-hoon-rain-bi-36515774-500-350

Kalau korang nak tahu, dalam drama ini, Rain bakal membawa watak seorang komposer muzik yang memiliki sejarah percintaan silam yang sungguh menyakitkan. Fuh!

Tetapi semua itu berjaya diubati dengan wanita baru. Haa, nak tahu siapa yang bakal berlakon disamping aktor kacak ini? Jangan lupa nantikan update terkini daripada kami nanti ya?

Dengar cerita pihak produksi masih lagi membuat casting untuk memilih pelakon-pelakon yang akan membarisi drama ini. Ish, rasa tak sabar pulak kita ni.

SKIP THIS AD ×