berita

Rain Main Teka-Teki Dengan Peminat?

December 30th, 2013 | by Yusmirnadia | 3 comments
K-POP

Rain Main Teka Teki Dengan Peminat?

Sejak tamat latihan askar sekitar bulan Julai yang lalu, aktor dan penyanyi terkenal Korea, Rain dilihat menyepikan diri sebelum memutuskan untuk membuat kemunculan semula.

Malam semalam, Rain telah mengejutkan para peminatnya selepas mengemas kini akaun Twitter miliknya buat pertama kali sejak tahun 2011 dengan menulis status yang berbungi begini, Ready? Today… 11:59 a.m.

Peminat yang teruja dengan tindakan selebriti tersebut memberikan respon yang positif dan rata-ratanya menyatakan kesediaan mereka walaupun masih belum jelas apakah kejutan yang bakal dibuat oleh Rain.

Rain Main Teka Teki Dengan Peminat?

Sejurus selepas itu, Rain sekali lagi membuatkan pengikutnya di laman sosial tersebut ternanti-nanti dengan menulis It’s show time… Today 3:00pm berserta sekeping gambar dipercayai teaser untuk album terbarunya.

Rain Main Teka Teki Dengan Peminat?

Untuk pengetahuan anda, Rain dikhabarkan akan melancarkan album keenamnya pada bulan Januari 2014 berjudul Rain Effect. Album tersebut bakal memuatkan dua buah lagu yang dijangka hit iaitu 30 Sexy dan La Song.

Mungkinkah Rain akan melancarkan lagu 30 Sexy menerusi laman sosial pada jam 3 petang waktu Korea sekejap sahaja lagi? Sama-samalah kita nantikan ya.

Apapun sementara itu, jom saksikan dulu video persembahan secara langsung Rain menerusi tiga lagu iaitu How To Avoid The Sun, It’s Raining dan Hip Song pada Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2013.

3 Comments

  1. lol says:

    mana pembenci kpop ni? olga,where are you?

    (0)
    • running fan says:

      kpop haterz cam olga dh xde. olga n maylowbee bingai dah berambus pi LA, nk belajar camana x lingkopkan filem org lg di masa depan. wakakakakaka!

      (0)
  2. yuhoo says:

    mcm stail g-dragon lagu hip song tu..

    (0)