berita

Rakam Momen Riang Dengan The PlayGround Photobooth!

June 13th, 2012 | by M
Shout Out!

Photobooth bukanlah sesuatu perkara yang baru pada masyarakat di luar negara terutamanya di UK, Japan & France tetapi untuk kita ia merupakan satu episod yang baru sahaja bermula. Pada masa yang sama bergambar di dalam Photobooth turut disertakan dengan salinan gambar (instant print). Ia juga datang bersama dengan pelbagai jenis prop bagi memeriahkan sesuatu aksi gambar itu sendiri.

Dengan mesin The PlayGround Photobooth ini kini anda boleh bergambar tanpa rasa segan silu kerana konsep photobooth kami di dalam keadaan yang tertutup. Anda hanya perlu klik pada butang untuk bergambar sambil mencerminkan skrin yang telah pun disediakan. Bukan itu sahaja, kami memberi anda pilihan sama ada gambar berwarna mahupun hitam putih. Kini anda juga berpeluang bergambar dengan 3 aksi (pose) anda pada satu-satu masa. Sejurus selesai anda hanya perlu tunggu kurang dari seminit sementara gambar anda dicetak serta merta. Demi menjadikan photobooth kami lebih menarik, serta menjamin kepuasan anda kami memilih untuk mencetak 2 salinan supaya dapat berkongsi bersama orang yang disayangi.

Seperti budaya di UK, fenomena photobooth juga makin berleluasa di majlis-majlis perkahwinan di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Keindahan suasana bergambar dengan kemudahan photobooth bukan sahaja memberikan kepuasan, Ia juga memberi peluang pada tetamu-tetamu kita mengeratkan hubungan silaturahim sambil bergambar tanpa bantuan Jurugambar professional malah secara percuma. Konsep ini juga boleh dijadiakn sebagai cenderamata door gift yang sudah menjadi adat kita di majlis-majlis perkahwinan.

Untuk menghangatkan lagi suasana bergambar di photobooth, kami juga menyediakan pelbagai jenis prop dan tema. Bagi anda yang berjiwakan kelainan, kini anda boleh memilh antara koleksi props kami, sama ada ‘Vintage & Classic’, ‘Comic & Superhero’, ‘Fairytale Love Story’, mahupun ‘The Royal Wedding’. Kami juga menyediakan props untuk majlis formal serta majlis harijadi. Kata orang perasaan tidak dapat dihitung dengan wang ringgit. Oleh itu kami The PlayGround Photobooth menyediakan servis selama 4 jam tanpa henti untuk kepuasaan anda semata-mata.

Jadikanlah The PlayGround Photobooth kami sebagai satu pemberian istimewa sebagai pencetus kenangan-kenangan manis untuk dikongsikan bersama. Moto kami- Funky Photos For Fabulous People!

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×