berita

Rambut Pendek Rita Ora!

August 23rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Rambut merupakan mahkota yang penting dan sering dititikberatkan si jelita yang ingin tampil menawan. Daripada posisi dan bentuk rambut yang digayakan sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan personaliti seseorang.

Lebih-lebih lagi jika gaya tersebut digayakan oleh selebriti, pasti menjadi ikutan terutama bagi mereka yang obsess dengan  kecantikan. Kerinting ala-ala Hollywood pasti menjadi idaman setiap wanita tetapi tidak pula bagi fashionista Rita Sahatçiu Ora atau dikenali sebagai Rita Ora yang merupakan penyanyi, penulis lagu serta pelakon British.

Rita Ora seorang selebriti yang cantik dan sering tampil memukau kini melakukan perubahan imej yang besar. Penyanyi berusia 22 tahun ini seolah-olah tidak peduli akan rambutnya yang cantik berkerinting ‘blonde’ itu dipotong menjadi pendek.

Ini kerana, baru-baru ini beliau dilihat telah melakukan perubahan baru dengan menggayakan rambut pendek yang menarik. Perubahan bentuk rambut yang pendek mampu menyerlahkan wajah mudanya disamping kelihatan beliau masih mengekalkan rona warna ‘blonde’.

Si glamor fashionista ini dilihat berpakaian ‘dress’ berkait singkat  berwarna merah jambu dengan kerjasama sepasang ‘boot’ coklat Timberland di tengah London. Beliau juga memadankan gayanya dengan aksesori menarik seperti gelang dan rantai serta kaca mata hitam bagi menampilkan imej ringkas.

Seiring dengan gelaran fashionista, beliau bijak dalam penggayaan walaupun personalitinya kini berubah berambut pendek.

SKIP THIS AD ×