berita

Randy Seidman Kembali Ke LA, Fazura Akui Rindu Pada ‘Teman Baik’nya Itu

March 27th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-03-26 at 4.42.39 PM

Rasanya para peminat sudah sedia maklum bahawa Fazura, Randy Seidman dan beberapa orang sahabat mereka yang lain telah pergi melancong ke beberapa buah negara baru-baru ini.

Trip mereka ke Bali dan Bangkok tersebut juga dikatakan bertujuan untuk menyambut ulangtahun ke-29 jejaka itu yang kebetulan jatuh pada bulan yang sama.

Artikel Berkaitan:

Menariknya, menerusi laman Instagram Randy, Fazura telah meluahkan rasa rindunya dan mengakui dirinya ‘kosong’ tanpa kehadiran DJ kacak itu yang kini sudahpun berangkat pulang ke Los Angeles kelmarin.

Screen Shot 2014-03-26 at 4.44.57 PMFoto yang dimuat naik oleh Randy Seidman sebelum berangkat ke Los Angeles

“I miss you most. Feels so empty without your Light. Thank You for being the one we always count on for Happiness & Positivity. You are an amazing human being”

Romantik juga Fazura dengan teman baiknya ini kan? Namun, menerusi laman Instagram Fazura, pelakon cantik itu juga dipercayai mahu berlepas ke satu tempat yang tidak pula dinyatakan lokasinya.

Screen Shot 2014-03-26 at 4.47.24 PM

Foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram Fazura

Nampaknya, walaupun sebelum ini pernah menafikan dakwaan bahawa mereka dikatakan sedang bercinta, pelakon ini dilihat seakan-akan sudah memberi klu kepada para peminat mengenai perasaannya terhadap Randy.

Apapun, kita doakan yang terbaik untuk mereka. Kalau ada jodoh tidak kemana kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×