Laman Utama » Berita Terkini
Bukan ke Remy Ishak tengah kemaruk bercinta dengan aktres popular, Tiz Zaqyah? Kenapa pula tiba-tiba terkeluar cerita pasal pernikahan Remy Ishak & Faradhiya pula? Aha, ini sekadar gimik untuk sebuah telefilem terbitan Outloud Studios berjudul ‘Payung Emas’ yang akan ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3 pada 19 November (Sabtu) jam 10 malam. Ia diarahkan oleh Jamal Khan, skrip oleh Pak Ndak dan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal tempatan seperti Remy Ishak, Farahdhiya, Hanez Suraya, Ozlynn Waty dan Rosnah Johari. Payung Emas merupakan sebuah telefilem genre drama berat keagamaan yang menyentuh isu pergolakan rumah tangga dan pengorbanan seorang isteri.
Telefilem ini mengisahkan Ain yang melalui zaman perkahwinan seperti yang diwasiatkan oleh kakak kembarnya Aisyah. Aisyah meminta Ain berkahwin dengan suaminya, Hidayat sebelum meninggal dunia.
Perkahwinan yang bahagia pada awalnya, mengundang peristiwa duka apabila Ain disahkan tidak boleh hamil akibat penyakit dihidapinya. Tekanan menghimpit Ain apabila Ibu mertuanya meminta Ain membenarkan Hidayat untuk berkahwin lagi.
Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat. Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?










perh! nebes mak…igt betul2 hahaha :P
haha.. tu la nebes jek. dahla pening ngn layout baru oh bulan ni. hahah
tawu takpe….eeeee lagi canggih sesebuah layout web. lagi berat, dan lagi pening. please la OB, takkan nak follow mark zukberg kot? cukuplah fesbuk yg layout cam haram…. simple mcm dulu kan nice….
theme yg cantik, suka sgt, nmpk kemas dan tersusun.
kalau nak cari entri lama pun dah senang coz kategori dh dipaparkan secara tersusun di atas.
galeri gambar tu yg best, lokasi cuci mata terbaik…hehe
Slowly, nanti dalam next few days u guys akan adapt dengan layout baru. And yes, we want to be like Mark Zuckerberg and expanding into various countries.
okay la ob sekarang…janji dapat baca sudah…..tekojut mak..ingat betul2 la dorang kawin…hahaha…
Social Comment: Testing using FB login and post to wall.
Reply comment menerusi FB logged.
Social comment : Testing to post comment using twitter login and post to twitter.
Testing reply dari dalam bulan purnama.
berani la kalau nk rampas abng remy ishak i nih!
http://t.co/vuhw4RD6
btol mmg xbest..
kita bako oh bulan ni,hahah
Err tak berapa minat la layout baru ni. Prefer yang lama lagi.
ape wayar berselirat byk kat blkg tu..
moga berkekalan sehingga ke akhir hayat..
aku tgk cite ni mlm td..ok ok jer…kurang drama…aku rse lbh bgs klu btl2 tonjolkan pengorbanan ain…setiap 1 pengorbanan ain 2 sekejap sgt..