berita

Restoran Bijan, Hidangan Melayu Terbaik Untuk Anda

May 8th, 2012 | by Ell | 0 comments
Hollywood

Restoran Bijan, Hidangan Melayu Terbaik Untuk Anda

Selera makan anda tinggi? Inginkan hidangan Melayu yang sedap dan menarik? Umum tahu di Malaysia memang mempunyai pelbagai jenis makanan yang unik namun bukan semuanya boleh menarik selera anda.

Di Restoran Bijan, anda tidak perlu risau samada hidangan mereka sedap atau tidak. Sebagai restoran Melayu yang pernah memenangi “Best Malay Restaurant” pada tahun 2004, restoran Bijan adalah sebuah restoran yang popular dan pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, NTV7, 8TV, dan juga Planet Food: Malaysia.

Terletak di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur bertempat di Jalan Ceylon, Restoran Bijan menyediakan pelbagai resipi makanan Melayu yang telah diturunkan generasi ke generasi. Menu restoran Bijan tidak terhad, mereka turut menyediakan menu dari hidangan ayam, daging dan juga makanan laut. Bagi anda yang suka menu seperti Kerabu Mangga dan Sambal Udang Petai, restoran ini pasti akan menjadi kegemaran anda.

Selain itu, Restoran Bijan juga menyediakan masakan kampung seperti Masak Lemak Ikan, Ikan Panggang dan Kerabu Pucuk Paku. Jangan bimbang, rindukan masakan ibu? Restoran Bijan turut menghidangkan Ayam Goreng Sambal Tomato, Rendang Daging, Cucur Udang dan Ikan Masak Asam Pedas. Anda boleh lihat senarai penuh menu mereka di laman web rasmi Restoran Bijan.

Dengan adanya Restoran Bijan, anda boleh impikan sebuah majlis resepsi yang nampak “classy” tapi masih mengekalkan budaya Melayu. OHBULAN! pasti, hidangan yang disediakan oleh Restoran Bijan dapat menepati selera rakan-rakan dan ahli keluarga yang hadir ke majlis resepsi anda.

Jadi, apa tunggu lagi, Restoran Bijan dibuka setiap hari bermula jam 4.30 Petang sehingga jam 11 Malam. Bawalah ahli keluarga, kawan-kawan atau orang tersayang untuk menikmati hari anda bersama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Bijan, anda boleh hubungi mereka disini.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

Comments are closed.