berita

REV Asia Ambil Alih OHBULAN!, Laman Berita & Kandungan Hiburan Terulung Malaysia

September 24th, 2014 | by Ai
Kini Trending

rev-asia-logo

Kuala Lumpur – 24 September 2014 REV Asia, salah sebuah kumpulan media digital terkemuka di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikatnya telah menandatangani perjanjian bersama M Driven Sdn Bhd untuk membeli laman web hiburan Melayu popular, OHBULAN! dan domainnya iaitu www.ohbulan.com.

OHBULAN! adalah salah satu laman berita & sumber maklumat hiburan terulung di Malaysia, dengan fokus berita menyeliputi berita hiburan di Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Hollywood. Menurut penganalisis Internet seperti comScore, Alexa dan Effective Measure, OHBULAN! secara konsistennya telah tersenarai dalam Top 20 laman web paling kerap dilawati oleh pengguna Internet Malaysia.

Google Analytics melaporkan, pada bulan Ogos 2014 sahaja, sebanyak 9.58 juta pageviews dan 484, 000 pelawat unik telah membuka dan membaca kandungan berita di laman web OHBULAN!

Pengambilalihan ini merupakan langkah pertama REV Asia untuk menembusi segmen pasaran bahasa Melayu. Ia juga sebagai penanda aras kepada peluang lebih besar untuk mendominasi kandungan hiburan yang dimonopoli oleh pembaca Melayu. Difahamkan, kumpulan redaksi OHBULAN! akan terus menguruskan laman web dan memperkukuhkan lagi kandungannya melalui struktur operasi semasa REV Asia.

Voon Tze Khay, Pengarah Urusan REV Asia mengulas:

OHBULAN! adalah salah satu portal hiburan Melayu terbesar di Malaysia, dan mempunyai peluang cerah untuk terus berkembang. Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan OHBULAN! dan membawa bisnes yang sedia maju ini ke peringkat seterusnya. Pengambilalihan ini juga membawa REV Asia selangkah lebih dekat dengan visi kami untuk menjadi Kumpulan Media Digital Tempatan No. 1 di Malaysia pada tahun 2015. Manakala, kandungan tajaan dan sebarang pengiklanan dalam OHBULAN! akan dipertingkatkan lagi menerusi pemasaran media sosial sedia ada REV Asia.

Sementara itu, Hafriz Zulpakar, pengasas bersama dan Pengarang Urusan OHBULAN! mengulas:

OHBULAN! secara khusus sentiasa menyediakan pelbagai kandungan hiburan berbahasa Melayu bagi menarik minat dan kehendak pembaca kami yang sofistikated. Pengambilalihan ini memberi kami peluang baru untuk menyampaikan berita yang lebih baik dan menarik kepada pembaca pada masa akan datang. Dengan jumlah 484, 000 pelawat pada bulan Ogos 2014 dan semakin meningkat, kami percaya penggabungan antara kandungan tempatan dan infrastruktur sosial dalam REV Asia mampu membantu kami menerajui pasaran yang lebih meluas.

SKIP THIS AD ×