berita

Revenge Kembali, Kali Ini Boleh Tonton Pada Hari Yang Sama Dengan A.S

September 29th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-09-29 at 3.00.06 PM

Pernah tak anda rasa marah sangat dengan seseorang sehingga membuatkan anda berdendam mahu menghancurkan kehidupan individu tersebut?

Ha.. kalau ada, rasanya memang layaklah anda untuk menonton musim keempat sekuel Revenge ni dan kami percaya bahawa sekuel ini sudah pun mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Jadi, kami ada bawa berita baik untuk anda kerana StarWorld & StarWorld HD (Saluran Astro 711 & 722) akan bawakan anda sekuel Revenge pada malam ni (29 September 2014). Sama hari dengan hari tayangan di Amerika Syarikat tau!

Screen Shot 2014-09-29 at 3.07.08 PM

Tapi, mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana cara watak utama Emily Thorne (lakonan Emily VanCamp) mencari jalan untuk melunaskan dendam kesumat terhadap kematian bapanya kan?

Sebenarnya watak Emily Thorne ni tidaklah membunuh semua mangsanya secara terang-terangan, tetapi dia akan menghuru-harakan keadaan dengan menggunakan strategi yang diaturnya. Pendek kata, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membela kematian bapanya.

Namun, selepas membalas dendam kesumat terakhirnya ke atas Grayson di kemuncak musim 3, adakah Emily Thorne akan menjadi sama seperti seorang wanita yang bebas? Kalau nak tahu, kenalah tunggu jam 9.00 malam ni tau!

Screen Shot 2014-09-29 at 4.26.27 PM

Sekuel The Walking Dead akan ditayangkan Oktober depan

 

Antara sekuel lain yang ditayangkan akan di FOX ( Saluran Astro 710) ialah The Walking Dead S5 (13 Oktober, 9.00 malam) dan The Bridge S2 (Setiap Khamis, 5.15 malam / 9.50 malam).

Manakala bagi FOX Movies Premium (Saluran Astro 413), sekuel Homeland S4 ( 7 Oktober, 11.00 malam) dan Ray Donovan S2 ( Setiap Selasa, 11.00 malam).

Apa yang penting hampir kesemua sekuel ini ditayangkan buat julun-julung kalinya di Malaysia pada hari yang sama dengan tayangannya di Amerika Syarikat. Panas daripada ketuhar gitu! So, enjoice!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×