berita

Review Filem : Mampukah Hansel & Gretel Menumpaskan Ahli Sihir?

January 25th, 2013 | by Noraini Nasir | 10 comments
Filem By UIP

Hansel and Gretel Witch Hunters

Filem ‘Hansel and Gretel’ mengisahkan tentang sepasang adik beradik yang dikenali sebagai Hansel dan Gretel lakonan Jeremy Renner serta  Gemma Arterton. Filem bergenra aksi, komedi dan seram ini merupakan arahan Tommy Wirkola dan untuk makluman Tommy sebelum ini pernah mengarahkan beberapa filem komedi seram seperti ‘Norwegian Nazi Zombie’ serta ‘Dead Snow.’

Secara umumnya filem ‘Hansel and Gretel’ ini merupakan kesinambungan kepada kisah dongeng Hansel dan Gretel oleh Brothers Grimm, di mana ia menceritakan tentang Hansel dan Gretel yang ditinggalkan oleh bapa mereka di dalam sebuah hutan dan pada ketika itu mereka telah memasuki sebuah rumah yang dikenali sebagai ‘Gingerbread.’

Sewaktu berada di dalam rumah tersebut, adik beradik ini telah ditahan oleh seorang ahli sihir tua dan mereka nyaris di makan oleh ahli sihir tersebut. Namun begitu, sebelum menjadi makanan kepada ahli sihir tersebut, Hansel dan Gretel telah sempat menyelamatkan diri mereka dengan mancampakkan ahli sihir jahat itu ke dalam sebuah ketuhar. Selepas daripada insiden tersebut, adik beradik ini telah menjadi berani dan menjalankan aktiviti memburu serta menghapuskan ahli sihir.

Segala konflik bermula apabila Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ahli-ahli sihir bakal mengadakan ‘Perayaan Bulan Darah,’ yang mana mereka perlu mengorbankan 12 orang kanak-kanak, di mana masing-masing merupakan enam orang lelaki dan enam orang perempuan yang lahir pada bulan yang berlainan. Mampukah Hansel dan Gretel menyelamatkan kanak-kanak tersebut?

Dalam usaha untuk menumpaskan ahli-ahli sihir, tiba-tiba Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan seorang ahli sihir yang bernama Adrianna dan disebabkan itu bapa mereka meninggalkan adik beradik ini di dalam hutan pada suatu ketika dahulu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Ingin ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem ‘Hansel and Gretel’ di pawagam berhampiran anda sekarang!

Sebelum itu, jom layan triller filem ‘Hansel and Gretel’ selepas ini. Enjoice!

10 Comments

  1. D says:

    suke pelakon lelaki tu… :)
    pasti tgk!

    (0)
  2. hafidz says:

    Filem yang menarik untuk di layan pada bulan ini :D

    (0)
  3. mysara says:

    hawkeye!! (the avengers)

    (0)
  4. Wa movie ni.. nk tgk labesok.. terasa kuno plak ble dok blaja kt U ni.. jarang update.. haih~!! trimas~! ohbulan sebab share ni.. law x mmg macam duduk dalam gua.. xtaw pape..

    (0)
  5. Mr. eshkrefemm says:

    da tgk da smlm ..mmg awesome abeh..hebak2

    (0)
  6. minda says:

    dh tgk..tp bese jer,,bg 3 stars drp 5

    (0)
  7. nadya jolly says:

    best citer nih, ajak lah kawan2, family tgk sama2. tak rugi citer ni best

    (0)
  8. D says:

    dah tgk.. ok la… boleh la..
    sampai masuk dalam mimpi aku ha.. ahli sihir muke udoh2.huhu

    (0)
  9. facebook_mummy.bik says:

    Gesel & gentel??? best jugak crite ni..

    (0)
  10. sarah says:

    best citer tu..

    (0)