berita

Review Filem : Taken 2, Cubaan Racuni Perasaan Takut Kepada Muslim

October 9th, 2012 | by M | 11 comments
Filem By UIP

Review Filem : Taken 2, Cubaan Racuni Perasaan Takut Kepada Muslim

Filem pertama Taken mengisahkan tentang seorang anak bekas agen kerajaan yang diculik. Dalam Taken, situasi cemas berjaya ditunjukkan apabila si ayah lakonan Liam Neeson hanya mempunyai 96 jam untuk menyelamatkan anaknya.

Di dalam Taken 2, idea utama cerita ini kelihatan sama seperti filem sebelumnya. Jika filem pertama mengisahkan tentang penculikan si anak, dalam filem ini si ibu pula yang diculik. Tetapi siapakah yang menculik mereka? Apa motif sebenar penculikan tersebut? Adakah ini berkait rapat dengan kes penculikan Taken 2008? Yang ini anda kena tengok sendiri sebab saya tak nak ‘spoil’ mereka yang masih belum menonton filem ini.

Minggu lepas saya telah membuat review berkenaan filem Dredd 3D. Dalam review tersebut, jelas saya tunjukkan bukti bagaimana Dredd 3D nyata berbeza dibandingkan dengan Judge Dredd 1995. Tetapi bagaimana pula dengan Taken 2?

Memandangkan idea Taken dan Taken 2 mirip, adakah berbaloi anda menonton cerita ini?

Bagi saya, walaupun kedua-dua filem mempunyai idea utama yang sama, penulis skrip filem ini pandai melakukan inovasi dalam sekuel Taken. Apa yang paling menarik dalam filem ini, bukan sahaja si ibu yang diculik, tetapi Brian Mills turut ditangkap. Kalau hero pun ditangkap, siapa pula yang akan selamatkan mereka?

Review Filem : Taken 2, Cubaan Racuni Perasaan Takut Kepada Muslim

Jeng, jeng, jeng… Di sinilah si anak perempuan memainkan peranannya. Jika sebelum ini dia yang diculik, sudah sampai masanya untuk Kim menjadi heroin. Berbekalkan alat kelui yang disorok secara rahsia, Brian Mills berjaya menghubungi anaknya dan memberi tips-tips penting untuk mengesan lokasi dia ditahan. Memang ‘style’ habis teknik ni. Hanya perlukan jangka lukis, peta, dan beberapa biji bom untuk membawa si anak ke lokasi tahanan Brian Mills.

Selain daripada itu, terdapat adegan kejar-mengejar menggunakan kereta ala-ala Need For Speed Most Wanted dan juga Transporter. Filem Taken 2 berlatar belakangkan Istanbul. Sebuah tempat yang padat dengan bangunan dan lorong kecil. Memang best kalau tengok aksi kejar-mengejar di tempat sebegini. Tambahan pula yang memandu kereta bukanlah hero, sebaliknya hanya perempuan remaja yang tidak lepas pun ujian memandu.

Jadi bolehkah Brian dan Kim meloloskan diri daripada dikejar polis? Atau adakah mereka akan ditangkap? Opss.. mesti anda berasa musykil di sini. Kenapa Brian dan Kim pula yang dikejar polis sedangkan mereka bukan antagonis? Adakah polis-polis tersebut menerima rasuah atau terdapat insiden lain yang menyebabkan mereka dikejar polis? Yang ni tak perlu saya beritahu rasanya sebab boleh kacau mood nak tengok filem ni.

Okey, cukup dengan review filem. Sekarang saya nak masuk ke isu yang lebih pedas seperti yang tertera pada tajuk artikel ini. Benarkah Taken 2 secara senyap cuba untuk meracuni pemikiran penonton supaya takutkan Muslim? Juga dikenali sebagai Muslimfobia. Saya mempunyai beberapa alasan yang kuat untuk menyokong hipotesis yang saya telah saya buat.

Pertama, di awal filem ini terdapat babak pengkebumian jenazah. Antagonis di dalam cerita ini ialah Muslim. Jadi semasa pengkebumian tersebut memang boleh dengar bacaan surah-surah Al-Quran. Jika itu sahaja tidak mengapa. Tetapi mereka yang menghadiri pengkebumian tersebut berhasrat untuk membalas dendam ke atas pembunuhan rakan-rakan mereka.

Review Filem : Taken 2, Cubaan Racuni Perasaan Takut Kepada Muslim

Come on man… Ini situasi hidup dan mati. Andai Brian Wills tidak dibunuh, mungkin dia pula yang dibunuh. Tambahan, Islam tak pernah mengajar umatnya untuk membalas dendam.

Kedua, terdapat adegan memberi dan menjawab salam yang jelas dan nyata. “Assalamualaikum”, tanya ketua antagonis kepada kawannya. Memang bagus orang Istanbul ni. Bagi salam betul-betul, bukannya macam sesetengah artis Malaysia yang main tibai ucapan salam. Dari “Assalamualaikum”, jadi “Asamekom”. Jujur saya katakan, adegan tersebut tak perlu langsung rasanya. Tak membawa sebarang impak kepada jalan cerita. Malahan boleh menanam persepsi negatif orang ramai kepada Muslim.

Ketiga, terdapat beberapa adegan yang menunjukkan suasana di rumah salah satu watak antagonis. Tersergam kalimah-kalimah Al-Quran di dinding rumah mereka.

Jadi kalau rasa nak tengok cerita ni juga, tak ada masalah rasanya. Cuma pastikan anda mempunyai persiapan rapi dari segi mental. Ingat, penjenayah sentiasa ada tidak kira agama apa sekali pun. Dan Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk membalas dendam apatah lagi melakukan jenayah.

Nota : Artikel ini yang ditulis oleh seorang blogger jemputan yang ingin dirahsiakan namanya. Terima Kasih!

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

11 Comments

  1. FIFI says:

    sepatutnya pengarahnya kene letak title tu sekali… segala research dan pertanyaan kerja sama pengarah amerika tuh dgn orang2 SYIAH laknatullah……. bukan islam sebenar ahli sunnah waljamaah……. apa niat pengarah tu sebenarnya…. dan provoke pasal muslim dan masjid….. tayang filem kat seluruh dunia….. padahal itu smua SYIAH biadapnya kerja…… pastu kang satu dunia kata islam penganas…… tak faham mcm mana filem ni boleh lepas tayang kat malaysia ni!!!!!! mengarotttttt………….

    (0)
  2. polbaik says:

    Liam Neeson masa penggambaran di istanbul hampir2 memeluk Islam kerana keindahan azan

    (0)
  3. Ahmad Fares says:

    Bagaimana dengan citer KL Gangster dan lain2 citer gangster vs hero di Malaysia ? Bukankah watak antagonis juga orang Islam. Melayu lagi. Adakah ini bermakna citer tu ada maksud “tersembunyi” bahawa orang Melayu-Islam jahat & perlu ditakuti ?

    Bahkan hampir semua watak antagonis di Malaysia dilakonkan oleh orang Melayu-Islam dan pengarahnya pun orang Melayu-Islam.

    Ini bukanlah bermakna saya bersetuju dan pertahankan jalan citer “Taken 2 ” tersebut, tetapi andaian adanya agenda “Islamfobia” boleh dipertikaikan. Kerana jelas citer kali ini mengisahkan kumpulan / keluarga penjenayah membalas dendam. Dan kebetulan mereka Islam. Islam tak salah, penjenayah itu yg salah. Penjenayah2 di Malaysia pun sebahagian besarnya Melayu-Islam. Demikian juga dlm negara Islam yg lain.

    Saya bersetuju kalau citer ni ada agenda “Islamfobia” jika penjenayah2 tersebut melakukan kerja2 jahat / balas dendam mereka atas nama Islam atau jihad umpamanya macam filem “Abuya” lakonan Faizal Hussien dan lain2 drama yg memberi kesan negatif terhadap Islam. Macamana tu ? Any comments …?

    (0)
    • hanis says:

      setuju dgn ahmad fares punye komen…xpyh series sgt la tgok cite ni..adult enuff kan nk bezakan mne bek mne jhat..dah pengarah ni kafir..so, die buat la muslim tu jahat..xkn die nk buat watak jht tu agama die plak..so, take it easy..cerite je pon..

      (0)
    • FIFI says:

      KALAULAH umat islam itu sendiri faham, apa itu islam sebenar……. alangkah indahnya dan hebatnya…… bukak cerita, ungkit dalam mana sekalipun cara2 perfileman dinegara kita ni….. akhirnya sekali pasti jawapannya akan berbalik pada hukum hakam paling basic sekali iaitu islam semula…. walau dr segi apa isu sekali pun….. jangan memandang remeh apa yg agama syariat kan, jgn memandang rendah setiap apa islam ketengahkan……. tapi sayang undang2 ALLAH tidak menjadi panduan mutlak…. dinegara kita ini…… tidak hairanlah jika ada filem2 yg tersasar pengertiannya…… situasi ini dibiar dr zaman dahulu lagi….. sudah jadi sebahagian trend pula…. dan masih dalam linkungan *ah… tidak mengapa** kasihannn ;(

      (0)
    • f says:

      x berape setuju dgan pandangan ahmad fares, dalam sebuah filem x de istilah kebetulan. semua adalah dalam perancangan pengarah n penulis skrip. kite x boleh bandingkan dgn filem KL gangster atau cerita2 melayu lain kerana masalah islam fobia tu sendiri x berlaku di sini.

      (0)
      • Ahmad Fares says:

        Terserah kepada perpekstif individu. Di Malaysia pun ada “Islamfobia” tetapi tidak menonjol, buktinya adanya page FB rakyat Malaysia yang anti Islam. Saya setuju bahawa tidak ada “kebetulan” dalam filem. Semua telah dirancang dengan teliti.

        (0)
  4. GEEE says:

    yeaahh.i thought so.masa first tengok ceta ni pun rasa mcm heran laa.knapa mesti ada babak yang menghighlight perihal agama.tu seumpama memberi makna tersembunyi.kalau nk balas dendam pun balas laa tp jgnla nmpakan seakan islam tuk jahat dari awal ceta.spoil..dont like the movie

    (0)
  5. Kulop Asfarinas says:

    Gua dah tak minat nonton lepas hero dah terlepas dari tahanan dan mengamuk bunuh orang lagi. Aksi kejar mengejar naik kete pon biase-biase je. Takyah la nak banding ngan The Bourne Identity (2002), Ronin (1998), The French Connection (1971) atau Bullitt (1968). Tup-tup citer dah habis. Senang je hero cari balik orang jahat. Tak mencabar langsung. Gua dah tak concentrate tengok sampai habis tapi kalau tak silap, ketua penjahat pon hero bunuh pakai sebelah tangan jek. Guna tapak tangan lak tuh! What the fish? Lebih kurang buduh cam Liam Neeson ni gaduh ngan serigaler pakai penumbuk jer dalam citer The Grey (2011) dulu. Gua tunggu jugak kalau-kalau ada dialog menarik yang boleh dijadikan Mutiara Kata macam part 1 dulu -”I will find you, I will kill you”, tapi langsung takde. Yang banyak cuma product placement Toyota, Apple dan Merc.

    - Baca lagi Review Movie Taken 2 dalam BM di http://www.sinema.my

    (0)
  6. Liam Neeson says:

    Kalau tengok dalm filem taken pertama, last ending paderi korup yang beli anak perempuan dia. So, keseluruhan cerita ni bukan hanya menunjukkan org Islam saja yang jahat, tapi juga org yg beragama lain. Lagipun org Islam kat turki dan juga albanian(etnik org jahat dlm Taken 1 &2) adalah syiah. Diaorg siap ada tatoo semua. Diaorg bukan Muslim betul pun.

    (0)
    • zack says:

      sesuka ko jer cakap org turki syiah,,,,

      aku dah pernah pergi turki dan aku ada kawan2 turki…kebanyakan diorang berpegang pada mazhab hanafi…

      cakap jangan ikut sedap mulat lah bro..menyampah!

      (-1)