berita

Review Mat Tudung : Bila Fizz Fairuz Berubah Jadi Perempuan. Yay Or Nay?

July 25th, 2014 | by Ai
Filem Tempatan

Screen Shot 2014-07-25 at 12.46.34 PM

Sekitar minggu lalu, kami ada menerima undangan untuk ke preview filem Mat Tudung yang dilakonkan oleh Fizz Fairuz dan Nelydia Senrose.

Pada mulanya, berat juga kaki melangkah, iayalah, bulan Ramadhan kan? Rasa nak berbuka bersama keluarga tu membuak-buak. Tetapi, demi kerja kami turutkan juga. Hehe.

Kami memang dah sedia maklum bahawa filem ini mengisahkan mengenai jejaka yang berubah 360 darjah semata-mata untuk memikat pujaan hatinya. Berubah macam mana? Jom baca lagi.

Screen Shot 2014-07-25 at 12.47.26 PM

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fizz Fairuz, Nelydia Senrose, Izzue Islam dan ramai lagi, kami pasti anda semua dah teruja nak tengok filem ini kan?

Kalau korang nak tahu, cerita ini memang sarat dengan aksi lucu. Malah, ketika menonton filem ini, semua penonton ketawa terbahak-bahak dengan aksi lakonan yang bersahaja.

Ditambah pula dengan aksi comel dan nakal Fizz fairuz yang menukar imejnya untuk menjadi seorang wanita. Hah! Haru-biru jadinya.

Mana taknya, Fizz terpaksa memakai pakaian wanita, make-up seperti wanita dan macam-macam lagilah. Tapi, kami lihat cantik juga Fizz menggayakan imej tersebut. Haha.

Screen Shot 2014-07-25 at 12.47.49 PM

Namun, apa yang membuatkan kami kesal, ada beberapa aksi dan ayat yang digunakan agak lucah dan tidak sesuai ditonton bagi kanak-kanak.

Bagaimanapun, secara keseluruhan filem ini sarat dengan elemen kasih sayang dan ada nilai-nilai positif mengenai hubungan kekeluargaan yang cuba diterapkan.

Mengenai jalan cerita pula, filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang kasanova bernama Johari (Fizz Fairuz) yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Zizie (Nelydia Senrose).

Screen Shot 2014-07-25 at 12.46.52 PM

Namun, Zizie tak mudah untuk didampingi. Lalu Johari telah memikirkan satu cara lain untuk lebih dekat dengan Zizie dengan menjadi wanita dan berlakon sebagai adik kepada Johari.

Haa, nak tahu apa kesudahannya? Berjaya atau tak Johari memikat hati Zizie? Sama-sama kita nantikan filem Mat Tudung pada 28 Julai 2014 nanti ya?

Sementara nak tunggu filem ni ditayangkan, apa kata anda tonton dulu trailer cerita ini. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×