berita

Episod Final Selamat Pengantin Madu: Padan Muka Masmira Kena Cerai. Ha Ha Ha

October 31st, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-10-30 at 11.42.27 PM

Pertama sekali, kami nak memberi standing ovation kepada pengarah drama Selamat Pengantin Madu, Ibrahim Ilyas kerana berjaya memberi satu jalan cerita yang boleh dikira agak lain daripada yang lain.

Buktinya, bukan sahaja kami yang memang layan habis, malah drama ini juga berjaya menambat hati rakyat Malaysia sehingga menjadi trending di laman Twitter semalam.

Walaupun ia hanya sekadar cerita rekaan (tapi ada juga pembaca cakap pernah mengalami perkara yang sama), jalan cerita yang ditonjolkan dalam Selamat Pengantin Madu ini sebenarnya banyak memberi pengajaran tau. Okay, jom sama-sama kita go through point penting dalam drama ni!

Screen Shot 2014-10-30 at 11.37.36 PM

Maruah Seorang Suami

Biarpun pada mulanya Zul (lakonan Aiman Hakim Ridza) jadi pak turut dengan permintaan isteri keduanya, Masmira (lakonan Eina Azman), akhirnya dia kembali sedar dan menjalani tanggungjawabnya dengan lebih adil.

Mana taknya, Zul yang baru sahaja pulang bercuti dengan isteri pertamanya, Hana (lakonan Fasha Sandha) memang naik angin apabila mendapat tahu Masmira keluar makan malam dengan lelaki lain.

Mana tak mengamuk bila Masmira sengaja berbuat sedemikian semata-mata mahu membuatkan Zul cemburu. Sebagai seorang suami, haruslah tercabar maruahnya kan?

Screen Shot 2014-10-30 at 11.39.04 PM

Ending Yang Tak Dijangka

Jarang sekali kami dapat menonton drama Melayu yang mempunyai ending yang dramatik sebegini. Kami jangkakan yang Zul akan hidup aman damai dengan kedua orang isterinya (klise sangat kan?). Namun, jangkaan itu ternyata meleset apabila Zul menceraikan Masmira dengan talak 1.

Mula-mula Zul sebut perkataan cerai itu dihadapan Masmira sahaja, tapi bila Masmira datang ke pejabatnya macam orang gila, terus Zul memanggil pembantunya supaya menjadi saksi perceraian mereka.

Cuma, ada scene menyayat hati apabila Zul berjumpa ibu Masmira untuk memohon maaf atas kesalahannya selama bergelar suami Masmira.

Screen Shot 2014-10-30 at 11.41.23 PM

Walaupun pada mulanya Hana rasa simpati terhadap nasib yang menimpa perkahwinan madunya, tapi akhirnya keluarga mereka kembali hidup seperti biasa. Malah, mungkin lebih bahagia sebab Zul dah boleh give and take dengan Hana.

Kesimpulannya kami bagi 4 daripada 5 bintang untuk drama ni kerana memberikan kami malam-malam yang agak mencabar apabila melihat gelagat Masmira dan juga jalan cerita yang awesome. Mana tahu lepas ni ada Selamat Pengantin Madu 2 ke kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×