berita

Rosyam Nor Atau Adi Putra, Yang Mana Pilihan Rita Rudaini?

July 31st, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-07-24 at 1.13.51 AM

Aduhai! Kalau saya jadi Rita Rudaini pun mesti pening kepala nak pilih mana satu. Dua-dua memang kacak dan macho gitu! Eh. Tapi jangan salah faham ya?

Semua ini adalah dalam lakonan semata-mata. Tiada kena mengena dengan kehidupan realiti yang mana Rosyam Nor dan Adi Putra masih lagi bahagia bersama isteri tersayang. Rita Rudaini pun sudah tentu happy dengan karenah 2 orang puteranya kan?

Apa yang kami maksudkan di sini ialah pilihan yang terpaksa dilakukan oleh Rita Rudaini selaku watak Salina dalam filem Balistik yang akan ditayangkan di TV3 pada jam 10.00 malam ini.

Screen Shot 2014-07-24 at 1.18.07 AM

Rosyam Nor sebagai Saga

Wah! Seronoklah dapat tonton secara percuma di TV3. Saya dulu kena bayar tiket untuk menyaksikan filem ini di pawagam. Jadi jom saya ceritakan sedikit sinopsis mengenai filem penuh aksi ini kepada anda.

Bermula dengan kisah Saga (lakonan Rosyam Nor)  yang merupakan seorang pembunuh upahan dan ahli kongsi gelap. Dengan keadaan hidup beliau yang berisiko tinggi telah memaksa Saga meninggalkan isterinya Salina dan anak mereka.

Selepas enam tahun, semasa menjalankan misi, Saga kebetulan bertemu dengan Salina semula, tetapi dia kini isteri Inspektor Nizam (lakonan Adi putra), yang merupakan sahabat baik Saga ketika mereka berada di rumah anak yatim.

Screen Shot 2014-07-24 at 1.18.34 AM

Adi Putra sebagai Inspekor Nizam

Tersepit di antara dua pilihan sama ada kawan baik ataupun tugasnya, Inspektor Nizam telah pun memutuskan untuk menangkap Saga, manakala Saga pula telah diperintahkan oleh ketua kongsi gelap untuk membunuh mana-mana pegawai penguatkuasa undang-undang yang menghalang kegiatan mereka.

Ha.. apa agaknya ending cerita ini ya? Eh. Mana boleh beritahu! Jadi anda kenalah standby bersama ahli keluarga malam ini untuk tonton penamat bagi kisah penuh aksi ini. Lepas tonton, jangan lupa komen sikit di sini ya? Enjoy!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×