berita

Rumah Datuk Yusof Haslam Dipecah Masuk Pagi Tadi

July 7th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Datuk-Yusof-Haslam

Setiap hari ada saja kes pecah rumah yang berlaku di negara kita. Lebih menakutkan nyawa turut menjadi taruhan penjenayah untuk mencapai hajat mereka.

Terbaru, kami dikejutkan dengan berita bahawa rumah pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dipecah masuk sekitar jam 2.30 pagi tadi.

Dengar cerita, kejadian berlaku ketika beliau sedang menonton televisyen di rumahnya yang terletak di Taman Melawati sebelum dia terdengar jeritan pembantu rumahnya.

Yusofhaslam

Menurut laporan Metro, beliau kemudiannya bergegas ke bilik mengambil pistol dan melepaskan tembakan ke arah tangga rumahnya.

Sejurus selepas itu, beliau mendapati pintu grill rumahnya sudah diumpil dan kemudian melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mengesyaki penjenayah tersebut melarikan diri ke kawasan itu.

Mengikut pemeriksaan yang dilakukan, habis bilik di tingkat empat rumah beliau berselerak. Namun, jumlah kerugian masih tak dapat dikenalpasti.

Apapun, syukurlah semuanya selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, kami harap Datuk Yusof dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

SKIP THIS AD ×