berita

Rumah Sharifah Shahira Dirompak, Rugi RM1,500

July 16th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Walaupun bunyi kerugiannya boleh dikatakan kecil berbanding orang lain, namun kes rompakan seperti ini adalah sesuatu yang harus diambil berat kerana ianya merbahaya termasuklah pada kita semua.

Terbaru dari Sharifah Shahira, Berita Harian melaporkan bahawa rumah selebriti ini telah dirompak sekitar jam 10.30 malam semalam. Kejadian ini disedari apabila kedua pasangan ini, Sharifah Shahira & Ijoy pulang kerumah pada jam 2.30 pagi dan mendapati pintu rumah mereka telah diumpil perompak. Difahamkan, mereka hanya mengalami kerugian berjumlah RM1,500 apabila barang kemas dan sejumlah matawang Indonesia diambil perompak.

Berdasarkan rakaman CCTV, rumah mereka telah dirompak pada jam 10.30 malam dan pada waktu itu, anak dan orang gaji Sharifah Shahira tidak menyedari hal ini kerana masing-masing sudah tidur didalam bilik yang berasingan.

Kepada para pembaca, bulan Ramadhan sudah hampir menjelma. Biasanya, pada waktu inilah banyak kes kecurian dan rompakan akan berlaku. Jadi, sila tingkatkan langkah keselamatan dirumah masing-masing dan berpesan-pesanlah pada jiran-jiran anda ya.

SKIP THIS AD ×