berita

Rumahtangga Hambar, Suami Tolak Untuk ‘Bersama’… Apa Yang Ditemui Wanita Ini Sangat Memeranjatkan!

July 25th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

whhpcover

Naluri seorang wanita selalunya tepat, lebih-lebih lagi berkaitan naluri seorang isteri terhadap suaminya. Kisahnya, wanita ini berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga kerana yakin bahawa pilihan orang tua selalunya adalah yang terbaik. Pun begitu, rumahtangga yang dibina semakin hari dirasakan semakin hambar.

Tertekan dengan perangai suaminya yang asyik melayan telefon bimbit, si isteri bertindak memeriksa handphone si suami setelah berjaya mengintai password telefon bimbit tersebut. Ternyata apa yang ditemuinya sangat mengguris perasaan mana-mana insan yang bergelar wanita!

Suami Asyik Dengan HP!

texting

(Sekadar Gambar Hiasan)

Saya berkahwin dengan pilihan orang tua. Yang kononnya pilihan orang tua adalah terbaik… Hari demi hari, terasa hambar… Suami sibuk dengan HP 24jam… Sekarang usia pekahwinan dah masuk 4 tahun. Hati saya curiga dari awal perkahwinan lagi. Walaupun saya penat baru balik kerja, saya tetap masak tapi suami menghadap HP je kerjanya.. Saya makin tertekan bila diajak ‘bersama’ pun dia menolak. Ya Allah, dugaan apakah ini. Tiap-tiap hari saya akan cuba intai dia punya password HP. Doa tak pernah putus supaya Allah tnjuk kebenaran…

Ber’chatting’ Dengan LELAKI!

Suatu hari, dengan izin Allah saya telah nampak dia menekan password HP dia… Semasa suami saya mandi, saya terus cepat-cepat buka HP dia, Ya Allah tangan saya menggigil, dada berdegup kencang. Satu persatu saya buka mesej whatsapp, wechat, link, meetme, messenger… Ya, tanggapan saya tepat. Dia bermain chat dengan LELAKI. Sesama lelaki, ajak f**k, s**k dan lain-lain. Gambar lucah bersepah. Hancur hati saya, saya menerima dia dan sanggup berpisah dengan teman lelaki kerana kononnya pilihan orang tua adalah yang terbaik. Ya Allah, air mata saya tak dapat dibendung.

Pada tahun 2013 sebenarnya dah kantoi sekali tapi saya bagi peluang supaya dia berubah tapi sangkaan saya meleset… Selepas saya membaca semua mesej dia, saya tangkap gambar semua mesej dia… Kerana saya makin keliru hanya Allah tempat mengadu.. Hari makin hari saya berfikir macam mana nak tamatkan perkara ni..

Delete Semua Gambar, Password

Selepas solat subuh pd 18 syawal (23.7.2016) saya ajak suami saya duduk di sofa, dengan linangan air mata dan dengan nada menahan sebak saya bagitau dia, saya ckp “Saya nak aawak bersumpah dengan Al-Quran, saya nak settle hari ni jugak, kalau tak nak bersumpah, ceraikan saya!”

Dia terkejut! Dia ingat saya diam selama ni menandakan saya taktau apa-apa, dengan siapa dia mesej.. Saya luahkan apa yang saya tengok dalam HP dia, saya cakap, “Awak tak bagi nafkah kat saya, awak tak nak sentuh saya. Pakaian pun 1 helai pun tak pernah bagi. Bini taknak sentuh tapi mesej ajak buat seks boleh plak…” Dia terkedu, terkejut, terdiam! Saya masih lagi menunggu dia bersumpah. Saya menyambung lagi, “Saya nak awak delete semua gambar dan mesej depan saya sekarang. Dan jangan letak password lagi pada HP.”

Dengan suara terketar-ketar dia bersumpah dengan Al-Quran di tangan. Semua mesej dan gambar dia delete depan saya, HP pun dah takde password. Doakan saya semoga saya dan suami ke arah lebih baik…

Sumber: KRT

SKIP THIS AD ×