berita

‘Sahkan Dulu Milik Rasulullah’ – Mufti Nasihat Umat Islam Kaji Dulu Kesahihan Athar Rasulullah

June 27th, 2016 | by Ai
Kini Trending

at1.1

Baru-baru ini telah viral gambar dan cerita mengenai Majlis Tabarruk Athar (Barang Peninggalan) Rasulullah SAW yang dibuat di Alor Setar, Kedah. Memang kita teringin sekali nak menyentuh atau melihat athar Nabi apatah lagi mengambil berkat darinya.

Tapi, rata-rata netizen mempersoal kesahihan dan kebolehan ‘ritual’ yang dibuat oleh beberapa orang ustaz ketika majlis tersebut berlangsung. Bukankah perbuatan seperti menjunjung dan mengucup athar itu seolah-olah seperti syirik dan khurafat? Ada yang kata itu hanya replika. Kalau replika, mana nak datang berkatnya bro. Jom baca penjelasan beberapa tokoh dan agensi agama mengenai isu ini.

Jabatan mufti nafi perkaitan

at2

Jabatan Mufti Negeri Kedah menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Lantunan Mahabbah Rasulullah yang berlangsung 24 Jun lalu Menara MBAS, Alor Setar. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, jabatan tersebut memaklumkan mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk persetujuan atau sokongan dalam penganjuran program yang turut mengadakan pameran athar Rasulullah SAW itu.

Beberapa keping gambar yang tersebar di laman sosial, kononnya diambil oleh pengunjung pameran, memperlihatkan ada dalam kalangan mereka mengucup capal yang dikatakan milik Rasulullah.

Perlu berpada-pada

at5

Ia sekaligus menimbulkan isu dalam kalangan netizen sekiranya tindakan sedemikian bersesuaian. Selain capal, turut dipamerkan adalah rambut, bekas tapak kaki dan pedang baginda. Pihak jabatan turut menjelaskan walaupun mengambil berkat pada athar (barang peninggalan Nabi Muhammad SAW) adalah harus, namun ia perlu dilakukan berpada-pada agar tidak membawa kepada khurafat dan syirik.

Sahkan dulu milik Rasulullah

at5.5

Hal ini disokong Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook. Dalam jawapannya terhadap isu itu, Dr Zulkifli berkata, seharusnya acara sebegitu dianjurkan hanya jika kesemua athar terbabit dapat disahkan milik Rasulullah.

Beliau dalam masa yang sama mengalu-alukan tokoh-tokoh agama untuk membuat kajian ke atas barang-barang tersebut, agar dapat membantu merungkaikan semua persoalan. Tambah beliau lagi, syafaat Rasulullah dapat dinikmati, jika umat Islam mencintai baginda sepenuh hati, sentiasa berselawat dan mengikuti segala sunnah yang ditinggalkan baginda.
Haa…kesimpulannya, bukan tak boleh nak ambil berkat dari athar Rasulullah ni, bahkan diharuskan. Cuma janganlah kita jadi macam taksub dan syirik pulak. Sepatutnya ambil berkat dengan menyentuh dan baca doa atau selawat, bukan sampai junjung bagai. Lagi satu, kena pastikan dulu kesahihan athar Rasulullah ni. Takut bukan yang original punya.
Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×