berita

Saksikan ‘Misi Bunuh Diri’ Dalam Filem ‘Suicide Squad’ Mulai 4 Ogos Ini… Fuh, Macam Best Je!

July 25th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

suicide squad 2

Mesti ramai yang tak sabar menantikan kemunculan filem ‘Suicide Squad‘ ni kan? Lebih-lebih lagi buat hantu komik tu. Penantian korang nampaknya tak sia-sia sebab filem ini akan ditayangkan tidak lama lagi iaitu pada 4 ogos 2016!

Well, sebelum tu, jom kita usha sikit beberapa watak-watak menarik dalam filem ni!

1. Harley Quinn

harley quinn

Untuk pengetahuan korang, watak ‘Harley Quinn’ ini dilakonkan oleh Margot Robbie. Kami jangka watak ni memang akan jadi tarikan utama ‘Suicide Squad’ kerana karakter gila-gilanya.

2. Deadshot

deadshot

Kami yakin watak ‘Deadshot’ yang dibawakan oleh Will Smith ini juga akan menjadi karakter kegemaran korang. Mana taknya, watak ‘Deadshot’ ini khabarnya tak pernah missed sasaran dan memang enjoy dengan kerja-kerja bunuh-membunuh ni. Fuh! Cool kan?

3. El Diablo

el diablo 3

Kami tertarik dengan watak El Diablo ini sebabnya dia ada power untuk keluarkan api tau. Tapi sebenarnya ada kisah sedih yang dialami oleh El Diablo ni. Kisah sedih apa? Ha… kena tengoklah Suicide Squad dulu baru tahu!

4. The Joker

joker

Mempunyai personaliti yang ‘gila’, watak The Joker boleh dikatakan amat bahaya! Tak sabarnya nak tengok macamana Jared Leto melakonkan watak The Joker ni!

5. Killer Croc

killer croc

Takut juga bila tengok muka Killer Croc ni kan? Dahla besar, kulit pun menggerutu macam reptilia dan ekspresi wajah yang ganas. Tapi, mempunyai surviving skill yang tinggi ni.

Sejauh mana kegilaan watak Suicide Squad?

Screen Shot 2016-07-20 at 11.43.00 AM

Sebenarnya banyak lagi karakter menarik dalam filem ‘Suicide Squad’ yang kami tak nak dedahkan kepada anda terlebih dahulu sebab kami nak anda sama-sama tengok kegempakan filem ini di pawagam mulai 4 Ogos ini.

Nah, jom layan trailer ni dulu. Lepas tengok nanti, jangan lupa komen ya! Untuk maklumat lanjut, sila ikuti #SuicideSquadMY .

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×