berita

“Sangat Cetek Pemikiran Dia” – Umie Aida Respon Kenyataan Abby Abadi

July 26th, 2012 | by Ell | 79 comments
Isu & Kontroversi

Sangat Cetek Pemikiran Dia   Umie Aida Respon Kenyataan Abby AbadiJika semalam dan berlanjutan hingga ke hari ini, isu Mamat Sepah kelihatan semakin besar, kini timbul pula isu baru di Twitter apabila Umie Aida tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi kepada sebuah akhbar online tempatan, The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan Abby Abadi kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.

Tambah Abby lagi, “Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan.”

Kenyataannya ini telah menarik perhatian Umie Aida yang tidak bersetuju terhadapnya. Umie Aida di laman Twitter-nya berkata, “Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia.”

Sangat Cetek Pemikiran Dia   Umie Aida Respon Kenyataan Abby Abadi

Umie Aida turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada kenyataan yang Abby keluarkan.

Sangat Cetek Pemikiran Dia   Umie Aida Respon Kenyataan Abby Abadi

Dan Umie Aida turut menggesa bahawa jika mahu Abby Abadi mahu memperjuangkan agama, bukanlah melalui politik.

Sangat Cetek Pemikiran Dia   Umie Aida Respon Kenyataan Abby Abadi

Jadi, apa komen anda terhadap isu ini? Adakah sesuai untuk seorang selebriti terlibat dalam politik?

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

79 Comments

  1. mia says:

    nk srh owg pd alquran dgn sunnah..tp dlm al quran pun da t’tulis wajib menutup aurat..x pun ko ikt…

    (0)
  2. gila oreo says:

    lets perang2 :D

    (0)
  3. shiemz says:

    Kalu ye pun umat manusia nie dah tersasar landasannya, abby yg baru berhijrh tu penuhilah ilmu didada dulu baru bersuara.. ini dah mcm org giler meroyan dah… Aku sendirik nak berubah… tapi berubah diam2 sudah.. istiqamah… ini baru jer berubah n berhijrah, kecoh 1 malaya… haih abby…….

    (0)
    • NANO says:

      SETUJU!

      (0)
    • meemee says:

      Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan” -Imam Hasan al-Basri

      Selalunya, bila ada orang menasihati kita, kebanyakan daripada kita akan terasa lalu mula mencari kesalahan orang yang menasihati kita itu. Kemudian kita juga menyamakan orang tersebut dengan kita, dengan menyatakan yang dia pun pernah membuat kesalahan.

      Daripada kita melatah sampai mencari kekurangan orang lain, kenapa kita tidak terima saja nasihat itu dan berubah? Sudah namanya terasa kerana membuat kesalahan, beranilah untuk memperbaiki kesalahan tersebut. Itulah sebaik-baik orang yang bijak.

      (0)
      • Usin says:

        BETUL!!! SOKONG 100%… CARA ABBY ABADI ITU ADALAH BETUL… BUKAN NAK TUNGGU BETUL2 ALIM BARU BOLEH BERDAKWAH… BILA DIA RASA ADA ORG MELANGGAR PERINTAH ALLAH, DIA ‘WAJIB’ TEGUR… ITU YG ABBY ABADI SEDANG BUAT… CUMA PEMIKIRAN SESETENGAH ORG MASIH CETEK… TAPI CKP ABBY YG CETEK… PENIN SUNGGUH

        (0)
        • ita says:

          aku pun setuju. aku rasa si umie marah coz dia x sokong PAS kot tapi dia sokong BN..maklumlah …org dpt begambar ngan mahathir

          (0)
  4. Mystic says:

    Mmg betol ckp Abby tu. Artis yg berhijrah lg2 yg masuk pembangkang sure kena gam, x gitu? Lg 1 nape xbole berdakwah/campokan agama dgn politik. Idop kita ni ape2hal pun kena berasaskan agama klo x tersasarlah kita. Datin Umie Aida ni slh 1 tanda umat akhir zaman.

    (0)
  5. Didie says:

    kalau betul die brpegang kpd ajaran Islam..msti die percaya rezeki setiap individu tu Allah yang tentukan..bukan sesiapa pun..

    (0)
    • Realistik says:

      Rezeki tu memang dari ALLAH. masalahnya ada manusia yang nak menentukan rezeki orang. kena ikut kehendak depa jer. tu ko kena paham la. realistik la sket. itu pon xleh pikir ker??hahaha.marah plak aku iki…

      (0)
  6. siti fatimah says:

    watpe perang. kita kn seagama. ckp berlandaskan apa yg diajar oleh Agama kita la. Ye tak?

    Kenapa ye. Politik dan Agama perlu dipisahkan? Kalu gitu Rasulullah dlu mentadbir umat islam berdasarkan apa ye? Yela bila kita ckp pasal politik, kita ckp pasal hala tuju pentadbiran sesebuah negara yang ditadbir. Kalu bukan ikut susur galur Al Quran dan Sunnah, cukup ke sekadar ikut Perlembagaan untuk kita umat islam ni?

    Sekadar bertanya. Tanpa emosi. InsyaAllah.. :D

    (0)
  7. lipan says:

    nabi pun berpolitik jugak dulu.. siap ada angkatan perang lagi.
    kena bagitau tu, orang JAHIL.

    (0)
    • mimi comeo says:

      time nabi dulu ade kumpulan untuk menegak kan syariah islam bukan untuk kepentingan diri sendiri … harap maklum …

      (0)
    • hamba allah says:

      org lain pon berubah gak abby….tp xde mcm awk,memekik sana sini….contohi la wardina….oh ye kak abby syg,ajaran al quran n sunnah ad suh cukur kenin ker…..??

      (0)
      • joe says:

        kalo kte idup di jalan allah,iklas…insyaallah rezeki ada di mana2 asalkan berusaha.rmai umat islam wanita malaysia boleh cari makan kt melesia nih,malah dh jd wanita islam yg hebat dan berjaya.negara kte xde lah seteruk mana sehinggakan mnghalang kte pergi masjid ke…beribadah ke..halang tutup aurat ke mcm negara lain…aku rs..abby x pyhla nk salahlan parti yg memerintah sbb xdpt cr mkn/tutup rezki die.sbb rezki tu smua dr allah…

        (0)
  8. Nurul says:

    kecoh plak ckp sbb dia join pmbngkang dia xde job.. irma hasmie, wardina, diana amir, boleh survive jer lagi.. rezeki di tgn tuhan, kita jer yg kena usaha cari rezeki tuhan nak bgi tuh kat mana.. jgn tunding jari kat org lain..

    (0)
    • tiez says:

      Suka perubahan abby abadi TETAPI adakah perubahan yg dilakukan itu untuk sebuah parti POLITIK. Kelantangan bersuara kadang2 menunjukkan kecetakan ilmu yang kita ada. Usah bercakap mengenai sesuatu yg kita sendiri tidak pasti atau dengan lebih jelas, diri sendiri masih merangkak2 mencari sesuatu perubahan. Contohi artis lain yang melakukan penghijrahan seperti wardina, irma dan sebagainya. Sekalipon ingin berkecimpung dlm bidang politik, janganlah secara terang- terangan.

      Cukuplah menjadi PENGUNDI di PILIHANRAYA. Pangkah parti politik yang kita rasa terbaik utk diri dan negara. Dari melaung-laungkan sesuatu yang akhirnya terpalit kekotoran dimuka sendiri akibat kecetekan ilmu sendiri.

      Selamat Berpuasa.

      (0)
      • barubelajar says:

        setuju!!!!!!!!! at least nak menasihati seseorang pon kenalah pastikan maklumat itu betul atau tidak…sekiranya artis yang berhijrah ssh dpt job, kenapa irma, diana amir, wardina semuanya dapat job???kalo percaya rezeki itu ada…takkan timbul isu ssh dpt job….segala yang berlaku mesti ada hikmahnya….

        (0)
  9. CENCALOK says:

    PROPANGANDA SEMUA NI..PI TGK CERMIN TENUNG DIRI TU..

    (0)
  10. facebook_siti.norhasmahomar says:

    sekurang2nye die mencuba ke arah yg baik n mencuba menutup auratnye,,ko ade?

    (0)
  11. Liberal says:

    Maaf klu ada yg terasa. Dlm realiti hidup skrg sy bsetuju dgn kata2 Abby. Sy fhm Abby x berniat utk menyakitkan hati siapa2. Mungkin dia tlalu ikut emosi. Jd Abby x berfikir dhulu sblum mengeluarkan kenyataan sbegitu. Niat dia baik utk mengajak umat Islam ke jln yg benar. Ttp jgnlah menjadikan parti politik sbgai teras / tunggak utama. Jika Allah mengkehendakkan sesuatu tjadi maka tjadilah ia. Kt sbg umat Islam haruslah sentiasa berusaha dan berserah kepada Nya.

    (0)
  12. hambaNYA says:

    bila orang nk buat baik, ramainya yang tak suka. kalu ajak buat maksiat, masing-masing sokong.

    (0)
    • Ladiladulada pedas says:

      buat baik ada caranya. ini bukan cara yg betul. menyalahkan itu ini, lepas tu nak pulak orang ikut Quran dan Sunnah. kalo nak betul2 ikut Quran dan Sunnah, menunding jari kepada orang lain bila diri sendiri bermasalah itu bukan ajaran Quran dan Sunnah.

      rezeki di tangan Allah, bukan kerajaan, bukan PAS, bukan DAP, bukan sapa2. apa jaminan kalo pembangkang pegang negara, dia boleh dpt byk job? orang lain yg bertudung litup pun byk je job mengacara, berlakon apa semua. sendiri yg lintang pukang, tunding jari kat orang lain. Quran dan Sunnah sangat ler tu. menjatuhkan maruah Quran dan Sunnah je perangai camtu.

      (0)
      • seri says:

        betul, niat baik tapi caranya kurang betul. Mengajak org kearah kebaikan tu dah betul dah tapi x kena cara. Nabi kita pun x penah menuding jari atau menyalahkan sesiapa jika terjadi sesuatu yang diluar kawalan. bukan parti mana yang akan menjamin rezeki kita tapi Allah. Kalau Allah nk bagi tak de sapa yg boleh menghalang, tapi kalau dah bukan rezeki kita, buat mcmana pun xkan jadi rezeki kita… selain menjaga aurat, peribadi dan akhlak kita sesama manusia pun penting…

        (0)
        • ah moy says:

          pe la kebangang nye sgt korg ni…konon rezeki drpd Allah bukan drpd parti politik..hellloo!!memang rezeki 2 drpd Allah x dinafikan tapi sape yg memerintah?negara kita ni berdemokrasi ke?tgk cth si helmi pengacara “apa kata survey di ntv7″ dhulu pernah secra terangan menunjukan sokongan terhadap parti pembangkang…last2 korg tgk ape jd kat die?teros kene gam!x boleh masok mne2 siaran tv…hanya kerana die sokong parti pebangkang secara terang-terngan time 2…itulah dimaksudkan abby…kalau die terang2ngan masok PAS, memang sah22 die kene band drp ape2 stesen pon…ye lah negara kita kan BERDEMOKRASI?tak gitu?

          (0)
          • aku_ler says:

            sebelum pakai tudung pun Abby ni dah memang x de job berlakon sgt. Manalah rezeki nak dekat kalau hati busuk dan sentiasa mencari salah org. Rezeki di tangan Tuhan bukannya parto politik yg tentukan. jangan sampai memesongkan akidah dah le. Nauzubillah

            (0)
          • tini cute says:

            aku rasa klu la stesen tv tu pembangkang yg pegang dia akan buat bnda yg sama…klu artis ker,penceramah ker penyokong umno ke ape mesti kena band la itu inilah…dekorasi ni bkn punca dari umno jer x mustahil parti lain ok…x gituuu??????

            (0)
          • joe says:

            mana bole rasa2….cuba dulu…umno dagh gagal…try org lain plak…dok gitu??

            (0)
      • xyz says:

        setuju, rezeki kan di tangan Allah. Bukan di tangan kerajaan atau pembangkang. apakah maksud abby selepas pembangkang naik baru orang berhijrah macam dia boleh dapat job,bukan selama ni pun dia memang takde job ke. niat dah betul tapi cara tu tak kena. kalau abby dapat byk job selepas pembangkang naik, mungkin ada unsur ketidakadilan disitu, ye lah lepas abby pung pang pung pang kecoh sana sini, habuan dia bila pembangkang naik, dia dapat job, begitu?

        (0)
  13. tak tercapai akalmu says:

    Dia tengah bersemangat untuk berdakwah. Dia memilih untuk berubah ke arah lebih baik dan cuba untuk mengubah kawan2nya yang dia sayang. Siapa yang setuju, ikut dan sokonglah.. Yang tak setuju jgn terasa hati dan boleh terus ignore, lagi2 kalau rasa AA dah cetek pemikirannya. Takkan ada siapa nak bazir masa layan org yang cetek fikiran. Tapi sebenarnya, dalam sangat ke pemikiran kita sampai nak hakimi pemikiran org.. Next!

    (0)
  14. GD says:

    wahh Umie Aida.. sedap2 ckp pemikiran org lain cetek.. dah bagus sgtkah diri anda? cermin diri sendiri dulu yea.. :)

    (0)
  15. mamun says:

    kalau umur pjg tggu 5 ke 10 th lagi.. apa akn jd pd kedua2 insan ini..

    (0)
  16. D says:

    alhamdulilllah..suka dengan perubahan abby.. dari tak bertudung… now da bertudung.. manis je tgk…
    tp tak suke bile die menggunakan politik dengan agama..
    tak boleh ker berdakwah tanpa gunakan politik??
    meroyan bebenor la ko ni abby oi!

    (0)
  17. Brutal Mom says:

    sayang sekali bile ade yg cube menuju ke arah kebaikan ade sahaja pihak yg perlagakan dan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan dn mempengaruhi keadaan. kekadang niat baik sering disalah ertikan, dan yg terasa akan mengambil kesempatan. poitik dijadikan penyebab utk menekan sesama sendiri. buat mereka yg tahu nawaitu asal mengapa ianya terjadi, dn kalau naiwaitu itu mulia, teruskan perjuangan! allah-hu-akhbar!!!

    (0)
  18. Usin says:

    Bukan senang utk org lain menerima sesuatu yang baik! pendek kata, semua orang nak masuk syurga tapi kenapa ramai orang yang takut mati??? kenapa ramai yang takut utk menuju ke jalan Allah??? Sesuatu yg baik itu datangnya drpd Allah swt TAPI kenapa masih ramai yg mempertikaikan perubahan seseorang ke arah kebaikan??? Fikir2kanlah…

    (0)
  19. Hamba Allah Hanya Memberi Nasihat says:

    tak salah perjuangkan islam.
    malah bagus.
    tapi jangan mempolitik kn agama.
    jika mahu berdakwah.
    berdakwah lah.
    tp menggunakkn al-quran dan sunnah.
    kenapa perlu menggunakn Agama ISLAM sebagai punca.
    sedangkn dalam islam suara isteri yg menyanyi hanya utk suami.
    lagipun memang tidak manis bukan kalau org yg bertudung menari.
    tak salahkn Ebby kerana ingin berubah.
    tp jangan mempolitikkn agama.
    berubah la kerana ALLAH.

    maaf jika ade kesilapan.
    sy juga masih belajar.

    (0)
  20. ehe says:

    “irma, wardina, heliza, diana amir, erma fatima…semua tu bertudung. semua tu artis tapi. dorang ade je yg berlakon. jadi duta. keje sendiri. rezeki ni dah ditetapkan bak kate orang dalam PAS sendiri mase kerajaan bagi bonus raye beberapa hari lepas. rezeki tu Allah yang bagi bukan kerajaan bn bagi. so. kenape skarang abby bersuara mcm ni pula.rezeki kita kena la cari. memang dah ditetapkan tapi lau tak berusaha tak guna juga. tak semestinya rezeki abby terus dalam lakonan n hiburan. jgn fikir mcm tu. ade je org islam fikir mcm tu. sebab bertudung takde kerja. pastu tudung hilang mcm tu je sebab duit. byk org jdi mcm tu. mungkin abby ade rezeki dlm bidang lain. sape tahu kan. yg penting usaha, doa dan tawakal. filem islamik pun ade je. TV al – hijrah tu ade. astro oasis ade. tapi nak buat mcm mane. belum ade rezeki abby kat bidang tu. nak buat filem pun. pelakon nye pengarah yg pilih. penerbit yg terbitkan. bukan kerajaan pilih pelakon. bukan kerajaan buat filem. so knape nak kena kata camtu skali. hidup ni. mcm2 berlaku. setiap hari kite kena muhasabah diri. betul ke ape kite buat. kena fikir kebaikan & keburukan stp kenyataan yg kita buat..klo x fikir betul2 jadi la mcm skrg ni.. balik2 abby jugak kena balik. kan dah jadi tak elok tu. kita mungkin tak perasan perkara camni” copy paste dr komen hatake kakashi.. :D

    (0)
  21. sal says:

    Abby Abadi ini memang gila meroyan.
    Ramai di luar itu tak dapat job walau ada kelayakan bukan di bidang lakonan tapi bidang lain pun tapi mereka tak berputus asa. Ada berusaha berniaga dan berjaya. ALHAMDULLILAH
    ada yang bersyukur kerana kepayahan itu telah membuka pintu rezeki lebih lumayan. Ramai artis tak bertudung pun gagal dalam dunia nyanyian dan filem.
    Ingat parti pembangkang tu bukan PAS saja tapi PKR dan DAP.
    PKR dab DAP lagi menentang islam.

    (0)
    • joe says:

      Apa yang abby abadi cuba sampaikan itu….adalah amat benar sama sekali…melalui politik sahaja dapat mengawal produk2 hiburan di Malaysia ini yang terlalu banyak menyimpang dari ajaran agama…adengan atas katil…laki orang dok peluk bini orang….alasannya apa…?? ” kami sebagai pelakon kami professional ngan kerja kami”…kepala hangguk….ingat allah nak faham ker professional ker tak professional kalo dah terang2 menda tu salah??? so kerajaan mana yang bertanggungjawab dalam mengawal produk hiburan yang menyinpang seperti ini?? KERAJAAN BN! susah sgt ker nak kenal yang hak dengan yang batil….

      (0)
  22. fuckrol says:

    hahahhaaaaa….lantak die laa..korang ni mst org umno kan suke menyebok…mulot korang lg busuk…mst x puasa…apatah lg nk ikut sunnah korang ni..bluekk

    (0)
    • zeke says:

      jap jap ! ko orang PAS ke ?
      x tau pulak PAS ajar kia berkata kata seperti begitu !
      bahasa tu jaga sikit abang oiii ~ nama pown dah mcm tuh ! ko ni kasi buruk nama islam je

      (0)
  23. Afiqah mohammad says:

    Jangan campur adukkan agama dengan berdrama boleh? I bet karpal singh tengah gelak seronok tengok ada pelakon baik punya on his side. Jom kita ramai2 undi pakatan, kita gadaikan kemerdekaan kita, jom biar satu malaysia jadi mcm pulau pinang. Apa salahnye org melayu jadi kuli sampai mati. Jom la jom la jd pengemis di bumi sendiri. Abby ingat dapat kerajaan ni kat pakatan, dia ada peduli nak jaga org melayu ke? Pas duduk je lah kat kelantan tu, lepas settle isu airyg tk pernah settle tu maybe boleh fikir pasal air malaysia pulak.

    (0)
    • tini cute says:

      yes betul2…sebelum ade niat nk memerintah malaysia ni cuba settlekn masalah air di kelantan tu dulu yer..dari dulu sampai sekrang aku blik kg kelantan jer start pukul 10pg sampai la 7 ptg xder air sedih betul la…bertahun x settle2…jgn lupa tanggungjawab terhadap rakyat(pemimpin) sb itu pun yg disuruh dlm islam

      (0)
  24. NENEK SOM says:

    ABBY ABBY ABBY KELAKAR SUNGGUH. DULU NENEK KESIANKAN KAMU BILA DICERAIKAN. RUPA RUPANYA INI PERANGAI KAMU. SUKA MEROYAN……..

    (0)
  25. kejora says:

    Pedulikan si Abby ni………….tak rugi masyarakat kehilangan dia.
    Sikapnya yang membuat masyarakat hilang simpati dan sokongan kepada.

    (0)
    • joe says:

      tada ilmu langsung komen ko nie….org tu berubah jadi baik…ko ckp mcm tu…org tu tegur menda betul…tada apa yang salah pun…org ncm ko nie la..kalo x der dlm masyarakat…masayarakat x rugi apa2….

      (0)
  26. minyak says:

    hijrah itu baik ..apa yg kita buat tuk mendapat keredhaan ALLAH semata2..xyahlah campur aduk ngan politik

    (0)
  27. chibi maruko says:

    AA lagi??? meluat lah dgn publisiti murahan makcik ni .. xde isu lain lah tu.. lagi2 isu politik, menyampah lah….

    (0)
  28. hamba ALLAH says:

    Sesungguhnya rezeki di tangan ALLAH bukannya di tangan PARTI. Kita sebagai rakyat mempunyai hak untuk mengundi PARTI yang kita suka tapi janganlah terlalu ikut perasaan. Kita kan ada ALLAH, berdoa mohon rezeki dariNYA. Mungkin ada sebab mengapa kak ABBY belum ada job, mungkin ALLAH nak uji. Kita manusia ni bila ditimpa dugaan, baru nak dekatkan diri dengan ALLAH. Itu tandanya ALLAH sayangkan kita. Janganlah kita bergaduh sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH yang lebih maha mengetahui.

    (0)
  29. unknown says:

    i think what Abby meant is that the one or artist that ‘hijrah’ and declare themselves to the opposite political to the one that ruling the country rite now. i dont think she referring to the one that ‘hijrah’ as in term of changing from a free-hair to a head scarf wearer… :)

    (0)
  30. Mawar Putih says:

    Bulan Ramadhan. bulan yang mulia. Dgn kesempatan yang masih diizin Alllah, dgn umur yang masih ada, kesihatan yg sempurna, maka bersyukurlah kita untuk melakukan amal ibadat. Minta maaf la kepada sesiapay yang berkenaan.. Jgnlah kamu buang masa semata-mata telah merasakan diri kamu telah sempurna. Hanya Alllah Taala yang sempurna. Jaga Perkataan, jaga penglihatan, jaga pendengaran. Jaga maruah diri, dan jangan suka menyakitkan hati orang lain.
    Penghijrahan ke jalan yg lebih baik, alhamdulilah.

    (0)
  31. allan says:

    Nk dkt kn diri ngan islam pi masuk masjid, bukan masuk pas,pe ke benaknye pemikiran die ni,islam tu agama,pas tu parti politik,allah x suke umat nya berpecah belah,politik ni memecah belahkn sesame islam,nak masuk syurga g masuk pas,nk ke nerakepi masuk bn,pe ke bangang pye pmikiran,aku bkn org bn ataupn org pas,aku cume org melayu dan islam,dan aku sokong kalau patrick spongebob tu diberi kerakyatan malaysia,sbb die jauh lg bgus dr org nk masuk syurga melalui parti politik,

    (0)
  32. mamat says:

    ako suke sham kamikaze… low profile. x mcm abby. sham lg lame dpt nur dr abby. tp x kecoh mcm abby…

    (0)
  33. FF says:

    Mungkin, Abby menganggap Pas itu adalah Islam sebenar.

    (0)
  34. zaira says:

    susah nak cakap..apabila dah bercampor orang yg suka adok kan politik dan agama…macam abby tak salah nak join mana mana parti hak individu.. tapi dia masih lagi hijau dalam bidang yg di ceburi ….belajar dan kaji apa yg patut dan tak patut..Kalau dia berpegang pada sunnah …harus dia percaya REZEKI KALAU TUHAN NAK BAGI KAU BUAT APA PUN MESTI ADA REZEKI DAN DI RAHMATI..tapi dengan USAHA dan fikir kan ANAK ANAK nak disara INSYALLAH ADA JALAN NYER…… tetapi kena lah ingat apabila bersuara kiter kena tengok sinsitivity rakan rakan seperjuangan .. ramai dikalangan artis bertudung masih dapat tawaran dan masih ada Tawaran..cuba contohi mereka dan bekata aku pun boleh jadi seperti dia…TAPI ABBY pun pernah berkata DULU MASA DIA TAK BERTUDUNG heran kenapa Penerbit susah nak bagi dai JOB ? tapi apabila dia DAH BERTUDUNG PUN CAKAP SUSAH JUGAK..DAPAT JOB ??? so MUSAHABAH DIRI LAH ABBY oii ..KENAPA ??? DAN MENGAPA…..apa yang penting bersih kan hati dulu apa yang abby pernah dendam dan tidak kepuasan hati tu…REDHO jerlah ..kan..

    (0)
  35. H says:

    Abby abadi ni dah meroyan rasanya , geramkan bekas suami n memey , teros lepas perasaan melalui politik kan ? hahahaha . bru je beberpa kerat belajar agama , bajet dh ckup pandai . Ade ke alim ulama selarikan agama dengan politik , abby abadi dah kucar kacir sebenarnya , asyik nk salahkan orang lain , nak berdakwah pom , agak2 la ko dlu tu mcmne laa . dri ko tu belom lg terjaga weh … meroyan!

    (0)
  36. joey says:

    Kak Abby.. truskan perjuangan…mmg umat skrg ni ramai yg tersasar.. sbgai rakyat, kite mmg perlu select the correct leader for our country.. dari ctu la segala dasar akan diperbetulkan semula mengikut quran dan sunnah.. jangan hiraukan ckp2 org yang mengata kak abby meroyan n mcm2 lg.. juz ignore them..

    (0)
  37. joey says:

    kite xckp pas tu islam yang sebenar… tp kite tgk ape yg diperjuangkan oleh parti tu… if parti tu memperjuangkan ape yg termaktub dalam Quran dan Sunnah, kite Wajib pilih parti tu… so pk2 la parti mane yg memenuhi kriteria2 ni… :)

    (0)
  38. miaow says:

    konon terlebih islam….mulut tu masyaAllah!! keji sana,mengata sini..ikut sunnah sgtlah gitu

    (0)
  39. eyla says:

    jangan campur adukkan agama dengan politik..awak tu bru bhijrah..janganlah lantang sangat bsuara tu…ramai je artis yg da bhijrah tp taklah over sangat macam awak ni,abby oiii…kalau awak rasa pilihan awak memilih PAS tu adalah yg terbaik,teruskan.tapi tak perlu nak ckp lbih2 pasal kerajaan..ok cik abby? moga awak drahmati ALLAH..:)

    (0)
    • joe says:

      sape cakap jgn campur adukkan agama dgn politik…? nabi muhammad sendiri salah satu cara menyebarkan agama melalui politik….sebelum tulis…banyakkan membaca yer dik…tambahkan ilmu di dada…barulah boleh nk nengkritik secara berilmu dan berhemah…

      (0)
      • ambe says:

        yess…dat’s rite!! ape2 yg kita buat xleh pisah ngn agama include politik..its a MUST. kalo pisahkan mmg sekular la kamu..

        (0)
  40. black high waisted jeans says:

    First off I would like to say excellent blog! I had a quick question in
    which I’d like to ask if you do not mind. I was interested to know how you center yourself and clear your thoughts prior to writing. I’ve had a tough time clearing my thoughts in getting my
    ideas out there. I do enjoy writing however it just seems like the first 10 to 15 minutes tend to be lost just trying
    to figure out how to begin. Any ideas or hints? Cheers!

    (0)
  41. Cheritachinta says:

    Mmg cetik pemikiran dia..adakah jika tidak memasuki pas, adakah saya bukan islam..
    Sebelum nak kata sesuatu fikir dulu sebelum bertndak..akhirnya malukan diri sendiri..benar kata umi aida isu politik jangan campur aduk kan dgn agama…

    (0)
    • joe says:

      dia yang cetek ker ko yang cetek..?? aku rasa ko yang cetek, singkat, sempit dsbgnya….

      (0)
  42. ana says:

    yg penting nawaitu…soal rezeki itu semua kerja tuhan tidak kira sesiapa yg memerintah pun..klu kita ikhlas rajin niat baik dalam bekerja insyaallah tuhan tetap akan bg rezeki cuma antara lambat atau cepat jer…jgn menyalahkn sesiapa yg memerintah dan yg layak memerintah sbagainye…sbnrnya tuhan nk menguji kesabaran kita dan tidak perlu menyalahkn antara satu sama lain..menasihati boleh tp bknnyer mengaibkn org dan cepat meletakkn hukum..soal yg x pakai tudung bila kita dah nasihatkn soal dgr atau x dgr x per biarkan insyaallah pintu hatinya akan terbuka nnti…klu dlm lakonan makin berkurgn dan menganggap pakai tudung job makin kurang cuba usaha dgn kerja lain tulis novel ker, cipta lagu ke arah islamik ker dan sbgainya.

    (0)
  43. marimar says:

    bila kita bercakap pasal al-quran n sunnah..maka diri sendiri perlulah seiring dgn al-quran n sunnah juga..menutup aurat adalah antara perkara ada tercatit dlm al-quran, haram bergaul n bsentuhan antara lelaki n pompuan yg bukan muhrim juga ada terkandung dlm al-quran..jadi kenapa perkara itu tidak diikuti..so nak kata yg cetek pmikiran tu siapa sebenarnya?

    (0)
  44. ikin says:

    umie ni da kenape???ohh..kalo artis tu ade skandal kena tgkap khalwat,bukak sane bukak cni xde plak ko brani nk kuor statement org tu cetek akal ke bagai..bile abby brani lak ko erk??skang ni mmg jelas ko yg cetek akal makcik umie oiii…..

    (0)
    • kiah says:

      memang jelas lah si umie aida muka plastic/cologen/botox tu yg cetek akal… pandai dia tweet abby cetek akal.. yg bff dia si zahida rafik scandal dgn menteri mohd shafie apdal & berita sensasi goreng panas si erra.. umie diam & x tweet pun!? memang senang umie cakap sebab kehidupan dia terjamin dgn wang ringgit dr suami & kerja dia yg berlakon.. almaklumlah kakak sendiri & kekawan kan byk mempunyai production house sendiri, so job masuk pun senang.. cuba umie di dlm situasi abby…baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah! Wasallam!

      (0)
  45. carlos says:

    Abby da berubah harap kekal la gitu bkan smata2 sbb parti. Yg pnting niat tu kena betul.

    (0)
  46. Mawar says:

    Masa nak cerai kecoh…ader bf kecoh…bertudung pun kecoh..memang manusia kecoh la pompuan sorang ni…..

    (0)
  47. ani says:

    Tak semestinya masuk parti pembangkang tak boleh keluar tv. Ustaz zamri, Ustaz harun Din, ada je keluar TV. tengok program la.. lagipun abby kan dah berhijrah. insyaallah boleh je jadi pengacara program dakwah or program2 lain yg bersesuaian. Tak payah la berlakon menyanyi semua, dah tak sesuai untuk Abby.

    (0)
  48. hamba allah says:

    Assalamualaikum semua…

    Sye d’cnie t’tny2…
    1.Knpe kte prlu mngate org lain???sdgkn dia juga adalh 1 agme dgn kte…(ISLAM)
    2.Siape kte untk mghkum s’sorg??sdgkn allah lg b’kuase b’bnding dri kte yg t’lalu hina nie???
    3.Knape kte prlu soalkn dia b’ubh blom ckup sthun jgong???sdgkn ap yg dia lakukn utk mnyedrkn wanita2 supaya mnutup aurat…

    Whai mnusia skalian ingtlah bhawa allah mliht sgale amln yg kte lakukn…jgn kte bongkak pdnye hny krana PANGKAT,HARTA,RUPA & DLL…sdarlah bhawa ianye smentara…..dan ALLAH KEKAL UNTUK SELAMA2NYA….

    inilah petanda yang allah beri untuk kita b’siap sdia mngumpul amaln….yg pasti AKHIRAT MENANTI KITA!!!!

    waallahualam…

    ~hamba allah yg bru sthun jgung~

    (0)